Recent Posts

Archive for August 2007

Penyakit kelamin boleh jangkiti bayi dalam kandungan

SAYA ingin tahu sama ada penghidap penyakit kelamin seperti herpes dapat dikesan melalui pemeriksaan darah. Bolehkah seseorang yang pernah menghidap penyakit kelamin termasuk herpes mempunyai zuriat?

Liza, Kuantan, Pahang

ISTILAH `penyakit kelamin’ digunakan untuk menghuraikan penyakit yang boleh dijangkiti melalui hubungan intim.

Jangkitan penyakit berlaku selepas permukaan kulit yang lembap dan mudah pecah seperti di kawasan kemaluan, mulut dan kadangkala mata ditembusi cecair dari faraj, air mani, darah dan air liur.

Beberapa penyakit kelamin juga boleh dijangkiti daripada ibu kepada bayi sebelum dan sewaktu bersalin seperti jangkitan yang merebak daripada uri, melalui saluran faraj atau sewaktu penyusuan ibu.

Lazimnya, organisma berkenaan tidak boleh hidup atau tidak boleh dijangkiti dalam keadaan yang kering dan dingin. Oleh itu, ia tidak mudah dijangkiti melalui kegunaan tuala atau duduk atas tempat duduk tandas.

Jenis penyakit kelamin yang sering berlaku adalah seperti herpes, sifilis, gonorea, hepatitis, klamidia, ketuat (`warts’) dan HIV.

Kebanyakan penyakit kelamin dapat dikesan menerusi pemeriksaan darah dan kita dapat menentukan sama ada penyakit berkenaan pernah berlaku atau sedang berlaku.

Seseorang yang pernah menghidap herpes atau penyakit kelamin yang lain boleh mempunyai zuriat, hanya bayi mereka boleh dijangkiti kuman sewaktu dalam rahim atau selepas bersalin jika wanita hamil dijangkiti kuman ketika mengandung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...