Recent Posts

Archive for November 2007

Fakta-fakta seks dalam perkahwinan

BUKAN hanya hidup kita ada etika dan fakta-fakta yang perlu kita ikuti kehidupan seks juga begitu. Kehidupan seksual anda dan pasangan akan menjadi lebih bermakna apabila anda tidak sewenang-wenangnya melanggar segala etika dan fakta yang tersebut.

Fakta-fakta berikut dipetik dari bab ‘Sex & Marriage” dalam buku “Your Guide to a Better Sex” hasil tulisan Dr. Theresa Larsen Crenshaw. Dr. Crenshaw merupakan seorang pakar seksologi dari Universiti of California, San Diego.Amerika.

Seks yang bermakna

Kehidupan seksual akan menjadi lebih bermakna apabila melalui seks anda dapat mengungkapkan rasa senang, menikmati kelembut-an, dan menikmati ‘letupan-letupan ghairah’.

Etika Seksual

Etika seksual bukan hanya pertu dipatuhi ketika anda berdua berada di tempat tidur,terapi juga ketika anda berdua sedang berada di dalam kereta, di meja makan, dalam panggung wayang, atau ketika sedang bersama kawan-kawan.

Ucapan kasar ketika di pesta atau se-suatu majlis misalnya, sudah cukup untuk merosakkan keindahan suasana malam nanti. Bagaimana anda mengungkapkan perasaan di luar bilik tidur (dan kepada siapa) berpengaruh besar kepada kehidupan seksual anda serta ikut menentukan mutu dan ‘frekuensinya’ .

Mengawasi masalah sejak awal

Harus anda ingat bahawa, biarpun baru sahaja terlintas dalam fikiran bahawa ada yang tidak beres dalam kehidupan seksual anda, maka kemungkinan besar memang ada masalah dalam hubungan seksual anda berdua.

Pengesanan awal

Tanyakan pada diri sendiri; “Apakah saya akan berasa puas seandainya kehidupan seksual kami tidak berubah-ubah dan saya akan mengalami perkara yang sama selamanya?” Jika jawapan yang anda temui adalah ‘tidak’, anda perlu lebih jauh bertanya, “Apakah masalahnya?” Cari sampai dapat masalah dan jawapan kepada masalah tersebut.

Jangan menghindari masalah tersebut sambil berharap masalah itu akan pergi dengan sendirinya. Terimalah kenyataan bahawa kehidupan seksual anda tidak memuaskan. Lakukan sesuatu untuk memperbaikinya sebelum terlambat. Makin ditunda, masalah akan bertambah parah.

Ya atau Tidak

Apabila jawapan di atas adalah ‘ya’, maka tanyakan pada diri sendiri apakah jawapan pasangan anda. Jika jawapan juga ‘ya’, anda bolehlah bersenang hati. Dan apabila suatu ketika jawapannya adalah ‘tidak’, maka jangan menyangkalnya.

Dipetik dari Majalah Tempatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...