Recent Posts

Archive for April 2008

Manafaat seks pada lelaki

Selain daripada memenuhi keperluan batin dan memuaskan nafsu, seks mempunyai banyak kelebihan untuk lelaki dalam menjalani kehidupan seharian.

Antaranya, seks dikatakan;

•Menguatkan sistem ketahanan tubuh badan dimana dengan adanya orgasma ia akan meningkatkan pengeluran sel-sel darah putih yang akan menentang kesakitan dan penyakit.

•Memperbaiki tubuh badan melalui regangan dan pergerakan yang terlibat ketika melakukan hubungan kelamin merupakan senaman untuk tubuh badan. la berkesan terutamanya pada otot-otot perut, paha dan punggung.

•Menurunkan berat badan kerana seks yang bertenaga adalah satu bentuk senaman yang hebat. Dalam satu sessi, kamu boleh membakar kira-kira 200 kalori, yang bersamaan 25 minit di atas Stairmaster, 45 minit berbasikal atau setengah jam berjoging.

•Membuat wajah berseri-seri dimana kehidupan seks yang hebat akan menjadikan kulit lebih cantik berbanding menggunakan sebarang losen atau ubat. Apabila rang yang kamu sayangi menyentuh dirimu, ia akan kelihatan di wajah. Anak mata kamu membesar dan rona merah kelihatan pada pipi kamu. Ini akan membuatkan wajah kamu kelihatan berseri-seri.

Memasang aksesori pada alat sulit

Bagaimana pula dengan sesetengah lelaki yang memasang ‘aksesori’ di alat sulit mereka. Adakah mereka ini boleh kita kategorikan sebagai mempunyai masalah seks?

Kegilaan lelaki memasang aksesori pada alat sulit mereka ini boleh kita gambarkan sebagai cara mereka menunjukkan ‘Penis Power’. la sebenarnya melambangkan ketegapan dan kejantanan mereka dalam melakukan hubungan.

Sebab itulah kita lihat ada lelaki yang memasukkan geguli dalam zakar mereka semata-mata untuk nikmat yang lebih. Mereka membuat andaian ini akan menambah lagi nikmat yang mereka rasakan.

Mungkin bagi mereka ia akan menimbulkan kepuasan, sebaliknya ia akan menimbulkan kesakitan kepada pasangan kerana benda yang digunakan boleh melukakan vagina. Ini boleh menimbulkan masalah di kemudian hari.

Ada juga lelaki yang tidak berpuas hati dengan saiz zakar yang mereka miliki. Sebab itulah ada yang menyuntik silikon. Ini dilakukan semat-mata untuk menggambarkan kegagahan mereka.

Bagi lelaki gay, mereka ada kalanya memakai subang atau anting-anting pada kemaluan semata-mata untuk nampak seksi dan mengghairahkan pasangan mereka. Namun semua ini bertujuan untuk mendapatkan lebih kepuasan dalam hubungan seks.

Lelaki yang melakukan perbuatan seperti ini biasanya kurang yakin dengan penampilan mereka baik di ranjang mahupun sehari-hari.

Mereka biasanya terdiri daripada lelaki yang kita lihat agak slow dan lemah lembut. Tapi bukan semua, sebab ia bergantung kepada tahap keinganan dan nafsu mereka terhadap seks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...