Recent Posts

Archive for July 2009

Menguji Air Mani dengan Alat MikroKomputer

Di negara kita ujian air mani masih dilakukan secara subjektif dan tertakluk kepada kepakaran dan pengalaman si penganalisisnya. Alat mikrokomputer seperti sistem Cellsoft misahiya dapat memberi maklumat yang terperinci berkenaan sperma seperti tahap kelajuan sperma.

Sperma yang tahap kelajuannya melebih 40 mikron adalah benih yang paling aktif. Sperma yang tahap kelajuannya kurang daripada 20 mikron tidak mudah sampai ke sasarannya.

Tidak ada cara lain untuk mengenal pasti kesuburan lelaki selain daripada ujian air mani. Lelaki yang pernah menghamilkan isteri pada suatu ketika dahulu tidak semestinya sentiasa subur.

Berbagai-bagai perubahan badan boleh berlaku dan sperma yang pada suatu ketika dahulu subur sekarang kurang subur. Lelaki yang umur sudah lanjut biasanya menghasilkan benih yang kurang aktif dan berbentuk tidak normal. Lelaki yang mengalami masalah tekanan, baik emosi, keluarga atau di tempat kerja menghasilkan benih yang kurang dan berbentuk tidak normal.

• Sperma kurang aktif, punca dan cara mengatasinya

Lelaki yang sihat dan yang mempunyai anggota reproduksi yang normal dapat menghasilkan lebih kurang antara 150 – 250 juta sperma setiap hari. Setiap pancutan air mani yang berlaku terdapat antara 60 – 600 juta sperma dan terdapat lebih 50 peratus sperma yang normal dan yang aktif.

Sperma yang aktif dapat bergerak cepat dan sehaluan. Sperma bergerak melalui ekornya yang sentiasa terkibas-kibas dengan begitu kuat. Kekuatan ekor sperma ialah daripada strukturnya yang begitu kukuh dan kuat.Jika ekor sperma cacat maka sperma tidak dapat bergerak dengan baik dan tidak tentu haluan.

Air Mani yang pekat akan menjadi cair dalam masa 15 hingga 20 minit. Air mani yang cair memudahkan sperma bergerak dengan baik tetapi air mani yang pekat atau tidak mudah cair, spermanya terperangkap dalam kebekuan cecair tersebut. Apabila perkara ini berlaku, sperma tidak memasuki rahim.

Masalah ini berlaku apabila anggota prostat tergendala (disebabkan masalah fungsi atau serangan kuman). Masalah ini boleh diatasi dengan mudah.

Sperma dihasikan oleh kilang sperma yang bergelar tubuk seminiferus. Sperma-sperma tersebut belum boleh bergerak. la akan berjalan keluar dari buah zakar melalui saluran-saluran dalam zakar mengikut arus cecair dalam saluran buah zakar ke bahagian pundi epididimis. Di epididimis sperma-sperma tadi akan menjalani proses kemantapan di mana ia akan memperoleh fungsi pergerakan.

Fungsi tersebut hanya memperoleh sperma yang normal dan yang mempunyai struktur ekor yang normal. Selepas mencapai fungsi pergerakan sperma-sperma akan bergerak menuju ke arah salur sperma atau vas deferens, di mana sperma-sperma tadi akan terkumpul menunggu masa untuk dipancutkan keluar.

Waktu proses ejakulasi, sperma dengan cecair dari pundi prostat dan pundi vesikal seminal akan terpancut keluar ke dalam faraj wanita menerusi zakar. Rahim, menerusi lendir pangkal rahim (waktu subur lendir pangkal rahim subur dan cair) dan akan menginap dalam pundi-pundi lendir pangkal rahim di mana sperma-sperma tersebut akan menjalani proses capacitation atau memantapkan dari segi keupayaan untuk bercantum dengan telur wanita.

Sperma-sperma yang telah menjalani proses tersebut sahaja yang dapat bercantum dengan telur wanita.

Dari segi fungsi sperma, sperma yang normal, yang mempunyai ekor yang sempurna dan kukuh, yang telah menjalani proses kemantapan melalui pundi epididimis untuk memperolehi fungsi pergerakkan, yang boleh bergerak dengan tanpa halangan dari cecair dan bahan-bahan dari pundi prostat dan seminal vesikal yang dapat bergerak dengan tanpa halangan dari lendir pangkal rahim dan yang menjalani proses pemantapan untuk menembusi telur wanita, ialah sperma yang baik yang berkemampuan menghasilkan zuriat. Apabila fungsi tersebut tergendala, sperma-sperma yang cacat tidak dapat bercantum dengan telur.

Lelaki yang mempunyai sperma yang sedemikian mengalami masalah kesuburan dan mandul.

Kebanyakan daripada masalah pergerakan atau masalah sperma kurang aktif boleh diatasi dengan rawatan yang tertentu dan boleh mendatangkan hasil, misalnya jika sperma kurang aktif disebabkan masalah cecair pundi prostat atau pundi seminal vesikal sperma boleh diasingkan dari cecair tersebut, dimasukkan ke dalam cecair yang subur dan diaktif atau dipulihkan aktivitinya dan kemudian disalurkan ke dalam rahim.

Proses ini digelar Intrauterine Insemination. Jika masalah tersebut disebabkan oleh kekurangan hormon-hormon kesuburan lelaki ubat-ubat penyubur tertentu boleh diberi untuk memulihkan masalah. Tetapi jika masalah sperma kurang aktif disebabkan oleh masalah struktur ekor sperma, masalah ini tidak dapat diatasi.

Naluri seks yang kuat

ADAKAH melakukan hubungan kelamin terlalu kerap akan mendatangkan masalah atau penyakit pada masa depan?

Saya mengaku mempunyai naluri seks yang kuat dan hampir setiap hari melakukan hubungan kelamin dengan isteri. Kadangkala isteri yang mula dan sebaliknya.

Jadi tiada istilah ‘tidak mahu’ antara kami, membuatkan hubungan kami bahagia. Ada kalanya, dalam sehari sampai tiga kali kami melakukan hubungan kelamin.

Saya ingin bertanya, apakah ada kesan sampingan daripada aktiviti kelamin yang kerap seperti cepat mandul dan pelbagai kesan sampingan?

AZIM

Tampin, Negeri Sembilan

Manusia saja satu-satunya makhluk Tuhan yang berkemampuan melakukan hubungan seksual pada bila-bila masa tanpa batasan. Mungkin kerana itu bilangan manusia begitu ramai berbanding makhluk Tuhan yang lain.

Jika ditinjau sejarah kuno manusia, nenek moyang kita kerap melakukan hubungan seks kerana itu saja hiburan yang ada. Dibandingkan dengan situasi masa kini, banyak pilihan lain selain seks kerana adanya pelbagai hiburan seperti televisyen dan radio.

Lebih-lebih lagi, nenek moyang kita mempunyai kekuatan fizikal serta stamina yang mantap kerana banyak menggunakan tubuh badan untuk aktiviti harian kecuali kita pada zaman moden ini yang banyak bergantung kepada peralatan serta teknologi dan menjadi malas, selain tidak bertenaga untuk melakukan aktiviti fizikal seperti seks.

Benar, seks ialah aktiviti fizikal yang memerlukan tenaga, kekuatan fizikal, stamina dan daya badan.

Bayangkan jika kita tiada stamina dan kurang daya, tentu kita akan rasa letih selepas bersetubuh dan ini membuatkan kita berasa sukar untuk berintiman secara tetap.

Ada segelintir individu jarang melakukan seks kerana takut letih dan lemah selepas melakukannya selain bimbang gagal menjalankan kerja serta tugas harian mereka!

Mereka tidak tahu seks itu penawar segala tekanan. Malah, seks memberi semangat serta meningkatkan kekuatan badan dan daya tahan badan.

Pasangan yang kerap bersetubuh adalah sihat dan segar kerana persetubuhan itu adalah ‘senaman’ paling hebat untuk kesihatan jantung, otot selain sendi.

Ketika bersetubuh, degupan jantung meningkat, juga tahap pernafasan, otot pula dalam keadaan separa tegang manakala sendi dalam keadaan aktif.

Ketika klimaks, pelbagai kimia badan keluar seperti ‘beta endorfin’ dan ‘oxitosin’ untuk memberi kesegaran dan ketenangan, selain memantapkan silaturahim dengan pasangan.

Hormon ‘ADH’ yang keluar ketika berintiman meningkatkan keserasian antara pasangan, membuatkan mereka hanya seronok dengan pasangan itu saja!

Oleh itu, anda tidak perlu khuatir kekerapan seks yang anda lakukan. Anda sihat dan boleh lihat sendiri ia tidak memudaratkan kesihatan anda dan pasangan. Kata orang, tepuk dada tanya selera.

Petua Melewatkan Pancutan Air Mani (Petua Melayu Tradisional)

1. Sila dapatkan gambir kudat atau gambir sarawak (boleh dibeli) dengan sedikit air dan kemudian menyapunya di bahagian kepala zakar sahaja. Usah disapu terlalu banyak kerana ini mengakibatkan zakar terus tegang tanpa
memancutkan mani dalam masa yang amat panjang. Sapukan kira-kira 20 minit sebelum jima’.

2. Sediakan 10 butir biji kapas dan satu sudu minyak jarak. Tumbuk biji kapas hingga lumat dan gaulkan bersama minyak jarak hingga sebati. Sapukan minyak ini pada zakar dengan mengurutnya perlahan-lahan 5 hingga 8 minit sebelum jima’.

3. Ambil sedikit kacang lulai hitam (biasanya dijual di kedai jamu atau ubat Cina) dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air hingga sebati dan sapukan sedikit pada zakar dengan mengurut perlahan-lahan 5 hingga 8 minit sebelum jima’.

4. Ambil hampedu kambing atau ayam jantan yang baru disembelih. Pecahkan dan lumurkan pada zakar hingga rata lebih kurang 2 hingga 5 minit sebelum jima’.

5. Ambil darah kelawar, gosok pada kedua tapak kaki hingga kering darah itu. Basuhlah hingga bersih. Kemudian Boleh jima’.

6. Ambil kuning telur, bubuh sebuku bawang merah, sebuku bawang putih, campur sedikit air. Jerangkan sehingga mendidih. Makan di waktu Asar sebelum makan petang.

7. Ambil hempedu ayam jantan. Gosokkan disekitar lubang zakar serta sekelilingnya kira-kira 5 minit sebelum jima’.

8. Ambil bawang merah secawan, sebiji kuning telur, hancurkan bawang merah, kacau dan minum 3 pagi berturut-turut. Petua ini akan dapat menolong memekatkan air mani, dengan pekatnya air mani maka akan lebih lewat ia keluar.

9. Ambil limau purut dan lada sulah, pipis halus. Makan semasa mahu berjima’.

10. Makan hati kambing yang di ‘kasi’, ia dikatakan boleh menahan mani.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...