Recent Posts

Archive for June 2010

Kalah Sebelum Bertarung

Biasa terjadi pada seseorang alatnya kuat cergas di luar kawasan, manakala sampai sahaja ke dalam perkarangan ia pun muram, mundu dan lembik. Setengah orang mengatakan ini adalah perbuatan orang tetapi yang sebenarnya adalah kembali kepada beberapa sebab:

1. Lelaki tidak teringin tetapi digagahi menurut kemahuan perempuan.

2. Tidak ada percintaan di antara lelaki dan perempuan.

3. Ada satu sifat atau keadaan tidak digemari oleh lelaki kepada perempuan itu.

4. Banyak kali telah melakukannya menyebabkan urat kasar dalam zakar itu lemah.

Kisah Zakar

Pada zaman Rom purba, kaum lelaki suka berkubang di tempat mandian awam(sauna). Mereka menghabiskan masa berjam-jam dalam keadaan bogel, bersuka-suka, melihat dan membandingkan keadaan fizikal mereka.

Apabila ada kedengaran tepukan bergemuruh, fahamlah mereka bahawa seorang lelaki yang berzakar besar telah tiba.

Loceng Zakar, 1440

Nicolo de Conti (1395-1469) seorang pengembara Eropah telah terpesona dengan satu alat seks (sex aid) yang berupa loceng dipakai pada zakar budak-budak lelaki di Arra, India. Dia berkata, terdapat beberapa orangwanita tua menyara kehidupan mereka dengan menjual alat ini (diperbuat daripada emas, perak dan tembaga) sebesar kacang tanah dan diukir dengan menarik.

Setelah budak lelaki mereka mencapai umur baligh dan berupaya mengadakan hubungan seks dengan wanita, alat ini akan digantungkan pada zakarnya, di antara kulit dan isi. Tanpa alat ini, wanita tidak akan menerima atau melayannya.

Pangkat atau kedudukannya akan ditentukan daripada jenis tembaga yang digunakannya , emas merupakan yang tertinggi sekali dan harganya pun mahal. Wanita yang menjualnya alat ini akan memasangkannya pada zakar budak lelaki itu dengan menjahitnya pada satu bahagian yang kendur.

Selepas beberapa hari, luka jahitan tersebut akan tutup dan jika mereka mahu tambah alat itu lagi, perkara itu boleh di uruskan oleh wanita-wanita itu tadi. Ada yang menggantung sehingga sedozen atau lebih. Kaum lelaki yang menggantung loceng ini di zakar mereka dipandang tinggi oleh kaum wanita. Mereka (kaum lelaki) pula akan rasa bangga membunyikan loceng tersebut apabila berjalan di sekitar bandar dengan diperhatikan oleh kaum wanita.

Seorang pedagang Eropah pula menambah, apabila loceng tersebut dijahit pada kulit zakar seorang lelaki, zakarnya akan membengkak, membesar dan memanjang. Ia akan kelihatan lebih memberangsangkan dan mengakibatkan zakar lelaki tersebut lebih tahan lama apabila mengadakan hubungan seks.

Katanya lagi adalah benar apabila wanita tempatan diberi peluang memilih lelaki, mereka akan memilih lelaki yang memakai alat tersebut. Sebab itu budak lelaki mereka apabila
sampai umur baligh akan berebut-rebut minta untuk dipakaikan alat tersebut pada zakar mereka dan menukarkan saiznya agar berpadanan dengan saiz zakar dan badan mereka.

Melakukannya Dengan Kambing

Kisah ini berlaku di Itali pada abad ke 14. Seorang pengukir yang bernama Simon telah ditangkap kerana meliwat seekor kambing. Setelah ditanya oleh pihak berkuasa dia memberikan alasannya. Katanya disebabkan satu kemalangan dia tidak boleh memancarkan maninya selama tiga tahun.

Sekumpulan pakar surgeri kemudian memeriksanya. Pakar-pakar ini memberikan hasil kajian mereka; Simon mempunyai zakar yang normal sebab ia mampu menegang. Tetapi dia mempunyai satu kekurangan (penyakit) pada buah zakarnya. Akibatnya dia tidak merasa sensitif apabila mengadakan hubungan seks. Dengan itu dia tidak boleh memancarkan mani maupun dipulihkan.

Bagaimanapun pakar-pakar ini mahukan lebih ujian diadakan terhadap Simon. Dua orang pelacur telah dipanggil untuk merangsang Simon agar ia boleh memancarkan mani atau dipulihkan.

Setelah mencuba, mereka tidak berjaya. Akhirnya Simon dilepaskan dari menjalani hukuman yang biasa kepada setiap peliwat (iaitu dibakar hidup-hidup). Dia dikenakan hukuman sebat dan tangan kanannya dipotong.

Perang Zakar

Dalam peperangan pada zaman dahulu berbagai cara telah dilakukan oleh kedua-dua pihak yang bermusuh untuk memalukan atau menakutkan musuh mereka. Antaranya ialah merogol wanita-wanita dan kanak-kanak dari kalangan musuh.

Cara lain ialah dengan memotong zakar mereka yang dibunuh atau ditawan. Kira-kira 3,200 tahun dahulu, setelah kembali dari sebuah peperangan yang dimenanginya, Raja Menephta dari Mesir telah merendahkan musuhnya dengan cara begini;

* Mengerat zakar 6 orang Jeneral Libya
* Mengerat 6,359 zakar askar Libya
* Mengerat 222 zakar askar Sicilia
* Mengerat 542 zakar askar Etruscan
* Mengerat 6,111 zakar askar Greek.

Minyak Ajaib

Moses Maimonides (1135-1204), seorang pakar theologi dan doktor yang terkenal pada masa itu telah menemui satu ramuan untuk menguatkan zakar.

Keajaiban ramuan tersebut tiada tandingan dalam merawat anggota zakar lelaki pada ketika itu. Caranya; campurkan satu bahagian minyak lobak merah (carrot), satu bahagian minyak sayuran (radish oil) dan satu bahagian minyak dari biji sawi (mustard).

Tuangkan separuh bahagian semut merah (semut api) hidup ke dalamnya. Kemudian jemur di tengah matahari panas selama 4 hingga 7 hari. Setelah itu gunakan minyak ini ke atas zakar anda, lumur dan urut, 2 hingga 3 jam sebelum bersetubuh.

Setelah digunakan basuh dulu zakar dengan air suam dan zakar anda akan terus menerus menegang walaupun setelah terpancut mani.

Resipi Zakar Binatang Untuk Kekuatan Seks

Dalam buku The Perfumed Garden karangan Sheikh Nefzawi, penulis telah memberikan satu resipi yang berkaitan; Rebus zakar seekor kaldai bersama bawang dan sejumlah jagung. Sesudah itu berikan ia kepada seekor ayam jantan untuk dimakan. Setelah itu ayam jantan itu anda sembelih dan makan. Ini akan memberikan saiz yang lebih besar kepada zakar anda selain keupayaannya juga bertambah.

Dalam buku Kamasutra, Vatsayayana telah memberikan satu resipi yang berlainan; Campurkan zakar seekor kambing jantan yang telah direbus ke dalam susu yang dicampur dengan madu dan minum. Ia akan menjadi zakar seorang lelaki segagah seekor lembu jantan.

Diceritakan daripda buku Rahsia Zakar oleh Ibnu Zakaria

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...