Recent Posts

Archive for March 2011

Tomato mempengaruhi kecergasan sperma

Percaya atau tidak, tomato adalah pelancar kepada aliran sperma dan menghasilkan sperma yang sihat. Ini adalah hasil para pengkaji dalam All India Institute of Medical Sciences, New Delhi, India ke atas 30 lelaki yang tidak subur sebagai responden.

Para responden yang berusia 23-45 tahun itu mem-punyai masalah utama seperti jumlah, dan bentuk sperma yang tidak normal. Selama tiga bulan, responden meminum 2mg likopen dua kali sehari. Hasilnya, terjadi peningkatan jumlah dan aktiv-iti sperma pada 21 responden.

Struktur sperma pada 63 persen responden juga bertambah baik. Bahkan.enam pasangan responden dilaporkan hamil setelah beberapa bulan.

Hasil kajian Rajeev Kumar dan N.P. Gupta itu yang mana keduanya ahli urologi menyatakan bahawa testis organ penghasil sperma lelaki yang subur mengandungi banyak likopen (lycopene). Likopen terkandung dalam tomato, anggur, semangka, dan kerang. Justeru itu, mulai sekarang banyakkan memakan tomato.

Lemah Tenaga Batin dan punca-puncanya

Lemah syahwat atau tenaga batin ialah ketidak sanggupan orang lelaki melakukan persetubuhan dengan sempurna kerana zakarnya tidak cukup tegang atau langsung tidak tegang.

Lemah syahwat ini merupakan suatu gejala yang paling membimbangkan dalam kehidupan berumahtangga.

Lelaki yg terkena penyakit ini tidak akan berjaya melaksanakan persetubuhan dengan isterinya tetapi orang-orang yg seperti ini biasanya bercakap besar tentang kehandalannya dalam persetubuhan, suka mempersoalakan hal-hal perempuan dan soal-soal nafsu jantina.

Semua ini adalah untuk melindungi kelemahan dirinya itu.

Ia pura-pura gagah dan handal sedangkan hakikat batinnya tidak bernafsu atau langsung tidak bertenaga. Zakarnya lembik, tidak hidup dan tidak cergas. Penyakit lemah tenaga batin ini lebih terkenal dengan sebutan ‘Mati Pucuk’.

Lemah disebabkan kurang hormon
semakin tua semakin kurang hormon
Lemah disebabkan karenah suami isteri
Lemah disebabkan sarung (kondom)
gelora seks berkurang kerana kurang rangsangan
Lemah disebabkan penyakit otak
Lemah disebabkan kuat berfikir
Lemah disebabkan kuat melancap
nafsu syahwat menjadi lemah
Lemah disebabkan Rohani
Lemah disebabkan jijik (kotor)
Lemah disebabkan gagal bercinta
Lemah disebabkan kecewa
Lemaj pada malam pengantin
Lemah kerana takut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...