Recent Posts

Archive for June 2011

Seks dalam diri lelaki

1. Merasakan ketegangan seksual dahulu, baru mencari pelepasannya

2. Secara naluri, dorongan seks membuat lelaki terangsang. Hal ini membuatknya secara automatik berusaha mencapai orgasma.

3. Dalam tubuhnya, ada timbunan cairan mani yang menunggu dan mencari pelepasan

4. Saat teransang, lelaki akan berusaha “mengosongkan” timbunan cairan mani tersebut

5. Sifat seks lelaki berdasarkan ingin cepat meraba dan diraba bahagian kelakiannya.

6. Sangat mudah membuatnya terangsang, Maka dari itu mereka memerlukan bantuan utnuk melepaskan diri dari ketegangan itu.

7. Mereka ingin cepat-cepat melampiaskan nafsu seksnya

Kopi boleh mengaktifkan sperma

Selain daripada mencegah mengantuk, kandungan kafein dalam kopi juga boleh menpercepatkan gerak sperma.

Hasil penyelidikan menunjukkan kafein yang dititiskan ke sperma secara ein vitroi iaitu di luar tubuh, mampu mendorong dava gerak, kecepatan dan kemampuan penetrasi sperma.

Daripada sperma normal yang berjumlah lebih kurang 20 juta/ml, tidak semua mampu memancut laju ke sasaran ovium iaitu sel telur.

Hanya 50 peratus yang berhasil mencapai sasaran dengan kecepatan 40 mikrometer sesaat. Pada lelaki mandul, sperma tidak aktif yang berjumlah lebih daripada 50 peratus umumnya ‘tidur’, malas atau tidak berupaya untuk mencapai sasaran. Sperma yang lemah ini perlu dikejutkan supaya aktif kembali dan boleh berfungsi.

Dalam satu kajian yang dibuat, dengan menitiskan kafein sebanyak 6 milimolar pada cairan sperma secara langsung menjadikan sperma yang malas itu menjadi aktif. la meningkat daripada hanya 45.5 peratus kepada 59.5 peratus. Keaktifan juga bertambah.

Kecepatan naik dari 41.2 mikrometer sesaat menjadi 43.3 mikrometer sesaat. Sebelum kafein dititiskan, jumlah sperma yang mampu menembusi gel acrylmaide sejauh 4 sm hanya 41 peratus. Setelah kafein dititiskan meningkat menjadi 55.9 peratus.

Kecepatan gerak sperma dan juga kemampuan penetrasinya sangat penting dalam proses pembuahan. Walaupun dari kajian tersebut mengatakan kafein itu elok, tapi berpada-padalah dalam pengambilannya. Ini kerana kafein tidak elok untuk penghidap migrain.

Lelaki juga bimbang masalah imej tubuh merek

BUKAN hanya wanita sahaja yang bimbang tentang penampilan dirinya sebaliknya golongan lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan tentang penampilan diri mereka terutama di hadapan pasangan masing-masing.

Menurut Penyunting Jumal Perubatan British, David Castle, rasa malu yang menebal menyebabkan golongan lelaki enggan berbincang secara terbuka mengenai masalah mereka.

Kita tahu bahawa wanita seringkali bimbang tentang saiz buah dadanya yang kononnya dianggap kecil, punggung yang agak lebar, selulit pada perut, paha dan garis-garis kedutan pada wajah. Lelaki juga menghadapi masalah yang sama dengan wanita iaitu sering tidak puas hati dengan penampilan tubuh mereka.

Ada saja yang tidak kena. Tapi, tahukah anda bahawa masalah imej tubuh ini sebenamya lebih serius di kalangan lelaki. la dikenali sebagai gangguan dysmorphic.

Biasanya masalah yang menjadi kebimbangan golongan “gagah perkasa’ ialah masalah tentang penampilan diri seperti jerawat dan parut, masalah keguguran rambut dan botak serta alat kelamin mereka.

Walaupun masalah ini tidak terlalu serius namun ia sedikit sebanyak membuatkan mereka sedikit tertekan dan ada juga golongan lelaki yang tidak dapat menjalani rutin seharian dengan normal.

Hingga kini tidak dapat diketahui apakah punca masalah ini melanda golongan lelaki. Mungkin faktor psikologi, genetik dan tekanan sosial menjadikan mereka berfikiran begitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...