Recent Posts

Archive for September 2011

Tekanan boleh bantutkan ereksi

Stress boleh menjejaskan zakar untuk stim

SAYA berusia 34 tahun dan sudah lima tahun mendirikan rumah tangga. Kini saya mempunyai tiga anak.

Apa yang membimbangkan, saya kini tidak dapat mengawal ereksi. Anehnya masalah ini hanya berlaku baru-baru ini. Tiga minggu sebelumnya ia masih berfungsi seperti biasa. Adakah ia petanda masalah mati pucuk?

Untuk pengetahuan doktor, saya ada mengambil ubat batuk, selesema dan antibiotik selama dua minggu. Ini termasuk ubat tahan gatal akibat sakit mata. Adakah masalah ini berlaku kerana pengambilan ubat berkenaan?

ZUL,
Pengkalan Balak, Melaka

MATI pucuk atau disfungsi erektil ialah kegagalan lelaki untuk mencapai ereksi yang mencukupi bagi tujuan persetubuhan. Ia jarang berlaku secara tiba-tiba kecuali disebabkan tekanan atau akibat pengambilan ubat yang mengganggu aliran darah ke zakar apabila rangsangan seksual berlaku.

Bagi lelaki yang mengalami tekanan, dia tidak dapat memberi tumpuan ketika melakukan persetubuhan. Jadi, ‘mood’ dan keinginan sebenarnya memainkan peranan penting. Jika tidak, ereksi akan gagal dan jika dia berasa cemas, kemungkinan kemampuan untuk ereksi terus terganggu.

Ubat untuk mengawal alahan atau selesema (antihistamine) memang boleh memberi kesan tidak elok kepada ereksi. Tindak balas daripada ubat terbabit boleh mengakibatkan aliran darah ke dalam zakar terganggu ketika rangsangan seksual berlaku.

Anda tidak perlu cemas tidak ereksi gagal ketika pengambilan ubat berkenaan. Apabila kesannya sudah habis, ereksi akan kembali normal.

Jika masih lagi gagal, besar kemungkinan adalah disebabkan tekanan. Ia juga boleh membantutkan ereksi dengan penghasilan ‘adrenalin’ daripada pundi adrenal yang terletak di atas buah pinggang.

Efek kimia ini boleh merencatkan kelancaran darah ketika ereksi. Namun apabila tekanan itu dapat diatasi, ereksi akan kembali normal.

Gejala Onani/Melancap dan kesan kepada Mati Pucuk

Bagaimana pula dengan perbuatan onani atau yang seumpamanya?Adakah ia boleh menimbulkan kesan? Adakah gejala mati pucuk boleh kita kaitkan dengan kelakuan seperti ini?

Sebenarnya perbuatan seperti itu tidak menimbulkan kesan jika kena dengan caranya. Yang menjadi masalah bila teknik yang digunakan tidak kena atau terlalu keras sehingga menimbulkan semacam ketegangan pada mereka sendiri.

Misalnya, apabila mereka terlalu menghayati perbuatan itu ia akan mula menimbulkan tekanan. Sehingga pada satu tahap mereka sendiri mula tidak selesa dan akhirnya mereka akan mencapai klimaks yang kita katakana pra-matang. Jika ia berlaku dalam kadar yang cepat atau selalu ia boleh menganggu kesihatan.

Perbuatan onani jika dilakukan secara ‘gentle’, ia mampu menimbulkan ransangan syahwat yang hebat. Tetapi jika terlalu kasar ia akan menggangu urat saraf serta otot-otot. Sekiranya urat saraf cedera ia akan menimbulkan satu lagi risiko yang kita kenali sebagi mati pucuk.

Sebab itulah jika ingin melakukan perkara ini pastikan ia dibuat dengan cara yang tidak menimbulkan tekanan pada diri sendiri. Atau dalam erti kata lain jangan sampai cedera. Apapun, sebaiknya ia dihindarkan

Cara berjimak yang dituntut

Cara berjimak yang dituntut:-

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s.w.t.

2. Pada malam selasa. Jika allah kurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana di kalangan yg bijaksana atau
org alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...