Recent Posts

Archive for October 2011

Cara mengatasi mati pucuk

Cara-cara mengatasi masalah “Erectile Dysfunction” (ED) atau mati pucuk

Penemuan baru dalam bidang perubatan telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh kaum lelaki ini.

Antaranya adalah:

1. Pengambilan ubat dengan nasihat doktor seperti Viagra, Cialis (tadalafil), and Levitra (vardenafil)

2. Suntikan pada pangkal atau tepi zakar

3. Suntikan melalui urethra (tanpa jarum suntikan biasa)

4. Pam vakum yang merangsang tekanan dari luar supaya darah dapat masuk memenuhi “corpora cavernosa”. Darah kemudiannya boleh diperangkap menggunakan cincin penahan.

5. Cincin penahan yang digunakan di pangkal zakar bersama-sama dengan pam vakum untuk menahan darah daripada meninggalkan “corpora cavernosa” dan mengekalkan ereksi. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh digunakan lebih daripada setengah jam, dan perlu ditanggalkan segera jika terasa sejuk, kebas dan pedih di bahagian kelamin.

6. Implan iaitu memasukkan struktur yang bertindak seperti ereksi biasa di dalam sistem uluran

7. Pembedahan vaskular

Senaman Kemut untuk lelaki

NAMA senaman kemut mungkin agak melucukan. Namun, di dalam kesihatan, senaman ini mempunyai banyak khasiat untuk organ seksual sama ada lelaki atau wanita.

Senaman kemut membabitkan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah seperti mahu menahan kencing atau air besar dan ia harus dilakukan serentak.

Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang selesa akan berlaku dengan lelaki akan berasa lubang najis tersempal dan jika membuang air besar akan mengalami sembelit.

Bagi mereka yang ada buasir pula penyakit itu menjadi ketara dan menyakitkan tetapi sebaliknya kepada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan.

Bagaimanapun, jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada.

Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki ialah dengan merapatkan kedua-dua pehanya dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus dengan padat serta tahan nafas seketika antara 3-5 saat sebelum legakan kemutan dan ulangi sehingga 10 kali.

Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali. Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa termasuk sudah membuang air besar dan kecil.

Antara khasiat senaman kemut ialah dapat membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.

Untuk wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin keluar dan masuk.

Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.

Senaman kemut tidak akan dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana yang dipaparkan dalam internet yang mendakwa kaedah pembesaran zakar dengan cara senaman kemut yang kononnya amalan orang Arab.

Yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang sedang ereksi itu dikemutkan akan mudah bergerak dengan lancar di dalam faraj.

Malah, mengemut juga mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar.

Selain itu, jika menggerakkan zakar dilakukan ke dalam faraj dengan keadaan lelaki itu sedang mengemut, pasangan akan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks.

Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi sehingga ke liang lahad!

4 Tips supaya air mani yang lebih kuat

Kebanyakan orang malu untuk berjumpa dengan doktor jika terdapat masalah kesihatan seksual, dan sering saling menyalahkan antara pasangan.

Sebelum itu terjadi,lebih baik kita mencegah daripada sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku..

Jadi,bolehlah kita mulakan dengan memiliki air mani yang baik.

Tips ini bukan hanya untuk lelaki yang sudah berkahwin sahaja tetapi juga bagi golongan yang masih bersendirian juga harus tahu tentang kekuatan air mani mereka..oleh itu pencegah awal adalah penting dari sekarang sebelum semuanya terlambat.

Berikut ada beberapa tips untuk mendapatkan air mani yang sihat :

1. Go green!!

Makanan yang kaya dengan asam folik dapat menurunkan peratusan air mani yang mempunyai kromosom yang salah. Sampai sebanyak 4% dari sperma memiliki jumlah yang terlalu banyak atau terlalu sedikit, yang dapat menyebabkan cacat lahir. Penilitian di Amerika Syarikat menemukan lelaki yang memakan lebih kurang 800 mikrogram asid folik perhari (sekitar 100 gram hati lembu atau bayam) memiliki kemungkinan 25% lebih rendah mengalami hal tersebut.

2. Pakai seluar dalam “boxer”

Suhu optimal untuk penghasilan air mani adalah beberapa darjah lebih sejuk daripada suhu purata tubuh iaitu 37 darjah celcius. Itulah mengapa penis anda dalam keadaan tersebut. Tapi memakai seluar dalam atau seluar yang ketat dapat meningkatkan suhu skorotum ketika berjalan atau duduk, menurut penelitian di German.

3. Kurangkan makanan berlemak

Lelaki yang sering memakan daging dan produk yang terbuat daripada susu, dan lebih sedikit memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar lebih cenderung memiliki air mani yang berkualiti lebih rendah dibandingkan lelaki yang memakan lebih banyak serabut, vitamin C dan tomato yang kaya dengan lycopene, menurut penelitian dari University of Murcia di Sepanyol.

4. Miliki BMI yang ideal

Memiliki Bodi Mass Index (berat badan dibahagikan dengan tinggi badan yang dikuasakan dua) yang rendah atau tinggi dapat mempengaruhi kualiti sperma, menurut penelitian di Skandivia terhadap 1500 lelaki. BMI yang kurang dari 20 mengurangi jumlah air mani sebanyak 22%, sementara lelaki yang BMInya kebih dari 25, juga spermanya kurang 22% daripada lelaki yang memilik BMI yang ideal (20-25)

** air mani = sperma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...