Recent Posts

Archive for November 2011

Baka mempengaruhi saiz zakar

KEBANYAKAN lelaki mempunyai masalah sama iaitu terlalu obses mengenai saiz dan bentuk zakar. Pada pandangan saya, ia perkara biasa tetapi jangan melakukan cara yang salah dan boleh mencederakan zakar atau merosakkan fungsinya.

Terlalu ramai lelaki mengajukan soalan kepada saya dan mempelajari teknik membesarkan zakar melalui laman web. Begitupun, semua cara yang dipapar dan diajarkan tidak diketahui kesahihannya dan mungkin ia cara salah.
Lelaki yang ingin membesarkan zakar sepatutnya merujuk kepada laman web lebih profesional untuk mengetahui mengenai anggota kelamin mereka sebelum melakukan ‘perubahan’.

Pertama sekali, lelaki yang belum dewasa perlu sedar anggota kelamin anda berkemampuan membesar kerana masih dalam proses perubahan akhil baligh.

Bagaimanapun, proses terbabit juga dipengaruhi faktor keturunan dan baka.
Jika anda mempunyai jenis zakar digelar ‘belalai gajah’, saiz dan bentuk tidak banyak bezanya ketika menegang atau tidak.

Jika zakar anda jenis mengembang atau ‘grower’, ia boleh membesar dua hingga empat kali ganda ketika tegang dan kadangkala lebih daripada jangkaan asal jika dalam keadaan teruja seksual.

Ingin saya tegaskan, teknik membesarkan zakar yang dipelajari daripada laman web adalah teknik mengarut yang asal usulnya tidak diketahui dan banyak tersiar dalam laman yang menjual dan mempromosi produk seks.

Saya syorkan lelaki muda yang inginkan maklumat mengenai kesihatan seksual supaya merujuk kepada buku ditulis saintis dan doktor yang fasih dalam bidang itu.

Jangan rujuk kepada buku ketinggalan zaman kerana maklumat diberi boleh memudaratkan kesihatan dan merosakkan anggota kelamin.

Ingin saya nyatakan, Kegel bukan senaman yang membuatkan zakar menjadi besar. Ia senaman untuk mengukuhkan benteng zakar ketika ereksi berlaku dan meningkatkan daya ereksi.

Senaman ini membabitkan cengkaman otot lantai pelvis, iaitu otot kemut atau otot untuk menahan kencing dan angin. Jadi senaman ini ialah senaman kemut, ia seperti menahan kencing atau menahan kentut. Anda boleh lakukannya pada bila-bila masa.

Selagi anda kerap melakukannya, daya ereksi akan kekal padat. Jika ejakulasi berlaku, ereksi masih boleh kekal dengan amalan senaman ini.

Senaman ini biasa dilakukan wanita untuk mengemaskan kembali faraj selepas kelahiran bayi. Untuk lelaki, senaman ini mengukuhkan benteng zakar ketika menegang dan mengekalkan ereksi seketika selepas klimaks.

Baka mempengaruhi saiz batang pelir | Baka mempengaruhi saiz konek

Peyronie – penyakit zakar bengkok

SAYA lelaki berumur 21 tahun dan menghidap penyakit zakar bengkok iaitu Peyronie. Saya dapat tahu ada kaedah selamat dan lebih berkesan untuk memperbetulkan kembali zakar yang bengkok iaitu menggunakan Andro-Extender.

Masalahnya, saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan alat ini dengan mudah. Adakah ia boleh didapati di farmasi tertentu?

KAHIRI
Kuala Lumpur

Isu saiz dan bentuk anggota kelamin lelaki jelas mendapat tumpuan memandangkan banyak soalan mengenainya. Tidak hairan jika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memperakui isu ini perlu dikendalikan dengan sempurna.

Masalah sebenar mengenai saiz dan bentuk anggota kelamin lelaki hanya dapat ditentukan doktor atau pakar dan bukan sekadar melihat gambar dan mengagak.

Banyak kes Peyronie iaitu istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan zakar bengkok ketara akibat parutan keras di bahagian zakar, disalahtaksirkan.

Sebahagian besar kes bukan Peyronie tetapi bengkok atau ‘bending’ terjadi secara semula jadi yang hanya kelihatan apabila zakar menegang.

Mungkin perubahan ini berlaku akibat ‘parking’ zakar ke satu posisi seluar dalam atau secara kebetulan otot lantai pelvis yang menjadi benteng zakar bahagian kanan lebih aktif, oleh itu ketika menegang, zakar membengkok sedikit ke kanan.

Saya cadangkan anda berjumpa doktor terlebih dulu sebelum membeli peralatan mahal itu. Anda mungkin tidak perlu menggunakannya.

Anda boleh dapat banyak maklumat daripada laman www.andromedical.com mengenai alat terbabit, selain pendapat pakar tempatan.

Mengikut akta perubatan, memberi nama doktor atau nama hospital adalah salah dan mereka yang melakukannya boleh didakwa. Jika mahu berjumpa saya, anda boleh dapat maklumat dengan mudah.

hematospermia – air mani bercampur darah

SAYA berumur 28 tahun dan masih bujang. Sebelum ini saya selalu melakukan onani tetapi sudah sebulan berhenti. Ketika berpelukan dengan teman wanita, saya seakan terangsang dan sesuatu terkeluar daripada alat sulit saya.

Mulanya saya menyangkakan air mani tetapi sebaliknya darah. Saya benar-benar terkejut kerana saya tidak merasa sakit, hanya terangsang seolah-olah ketika saya ingin melakukan hubungan seks.
Alex
Kuala Lumpur

Anda terpancut air mani dan mendapati ada campuran darah dalam air mani anda.

Darah dalam air mani dikenali sebagai hematospermia. Jika ia terkeluar daripada tempat luka dalam salur kencing anda, sudah tentu darah juga akan keluar ketika membuang air kecil dan salur kencing anda akan terasa sakit.

Jika darah tidak keluar ketika anda kencing, maka darah yang keluar itu sudah tentunya datang daripada pundi prostat atau daripada pundi seminal atau daripada salur sistem ejakulasi.

Ini boleh berlaku jika bahagian itu mengalami keradangan dan ejakulasi itu mungkin membuatkan saluran darah kecil tercedera dan mengeluarkan darah dalam kandungan air mani.

Kemungkinan ini berlaku kepada anda memang tinggi memandangkan anda dalam keadaan yang amat teruja dan mencetuskan ejakulasi secara kuat.

Memandangkan anda kerap melakukan onani, sudah pasti anda akan cuba mengawal ejakulasi, bagaimanapun ia gagal dan ejakulasi keluar secara kuat.

Apabila bengkak dan pendarahan itu lega, darah tidak akan kelihatan. Tetapi, masalah keradangan bahagian itu perlu mendapat rawatan sewajarnya.

Biasanya, jika anda biarkan saja tanpa berbuat apa- apa, keadaan ini akan turut menjadi lega tetapi perkara ini boleh berlaku kembali pada kemudian hari.

Jika itu berlaku, anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan jika terdapat jangkitan, doktor akan beri rawatan sewajarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...