Recent Posts

Archive for December 2011

Rahsia Batang Lelaki

Apakah anda sedia untuk mengetahui apa yang Batang anda yang menunjukkan berkenaan diri anda?

Walau apa pun yang orang lelaki mendakwa atau bercakap besar, namun Batang dialah yang akan menyatakan segalanya!

Pada mulanya, mari kita bersetuju bahawa bercakap benar pada masa ini iaitu ianya berkadaan terangsang. Tidak tegak. Tidak tegang. Anda perlu berada di keadaan semulajadi iaitu lemah dan lembik!

Sekarang itulah tetap, kita boleh memulakan…

Batang ANDA PANJANG ATAU PENDEK?

Anda panjang atau pendek? Anda mesti ikhlas! Gunakan kayu pembaris kalau perlu. Jika kurang daripada 3″ bererti pendek, kalau lebih daripada 3″ bererti panjang.

Secara amnya, kajian-kajian mencadangkan bahawa panjang rata adalah 3″ ke 4″ dan lingkungan rata adalah 2.5″ ke 4″.

Menurut kajian di 1989 panjang rata adalah 3.5″ dan lingkungan rata adalah 3.37″. Tapi menurut Kinsey dalam kajian lebih dahulu panjang rata adalah 4.0″ dan lingkungan rata adalah 3.7″.

Atau orang lelaki sudah menyusut atau statistik moden menjadi lebih realistik!

KALAU PANJANG

Bererti anda memang suka menunjuk-nunjuk! Anda mudah belajar cara baru dan berseronok mencuba. Jika anda panjang lagi bererti anda suka menciptakan cara baru!

KALAU PENDEK

Bererti anda kurang yakin pada diri anda sendiri pada mulanya, tetapi sekali lagi anda memulakannya, anda boleh berupaya. Anda seorang yang bermimpi-mimpian dan romantik, anda boleh mengejutkan semua orang bila anda hilang sabar dan kepada budi. Anda suka mengikut adat.

Kerap melancap

SAYA masih bujang dan berumur 21 tahun. Sebelum ini saya kerap melakukan onani sehingga menyebabkan zakar memancutkan air mani terlalu awal iaitu kurang seminit. Namun, saya sudah berhenti melakukan amalan buruk itu dan sangat menyesalinya.

Persoalannya, jika berhenti sepenuhnya daripada tabiat terbabit, adakah dalam tempoh lima atau enam tahun akan datang, masalah pancutan awal ini dapat diatasi? Dapatkah ia menguatkan kembali zakar saya selepas berkahwin?
HAMBA KERISAUAN
Kuala Lumpur

Amalan onani biasa dikaitkan dengan mati pucuk dan cepat klimaks kerana secara kebetulan kebanyakan lelaki yang pernah mengamalkannya satu ketika dulu, sering mengalami mati pucuk dan cepat klimaks dalam kehidupan berumah tangga.

Onani juga boleh membuatkan anda ketagih dan ini boleh mengancam keharmonian rumah tangga apabila si suami kerap keletihan dan tidak beraksi dengan isteri selepas secara senyap-senyap mengeluarkan air maninya secara sendiri.

Jadi pilihan anda untuk menghentikan amalan itu tepat sekali. Anda hanya akan tahu jika anda dapat mengawal ejakulasi selepas anda berkahwin atau selepas beraksi dengan isteri.

Sebilangan besar lelaki cepat mengalah pada peringkat awal beraksi dengan pasangan, namun apabila mereka mula mengenali dan memahami cara dan gaya tersendiri untuk mengawal klimaks, masalah itu akan selesai.

Jika masih tetap dengan kelemahan tidak dapat mengawal ejakulasi, mereka perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan.

Mungkin cara terbaik membantu memantapkan ereksi dan memanjangkan daya tahan ereksi dan daya melewatkan ejakulasi ialah dengan amalan berikut:

Amalkan gaya hidup sihat, menjaga diet, makanan seimbang, senaman berkala, berhenti merokok dan berhenti minum minuman keras

Memantap kekuatan fizikal melalui senaman seperti seni membina badan kerana aktiviti seks ialah aktiviti lasak dan memerlukan kekuatan otot dan daya badan
Selain itu, senaman Kegel atau kemut mencengkam otot lantai pelvis seperti seolah-olah menahan kencing, menahan kentut, mencerut lubang najis dan menahan cengkaman antara 3-5 saat dan lakukannya seberapa banyak dua minit setiap sesi.

Amalan itu dapat membantu mengukuhkan benteng zakar. Jika anda kurang pasti dengan senaman kemut dan mahu panduan penjagaan kesihatan lelaki, sila dapatkan VCD saya bertajuk Lelaki dan Kesihatan Seksual yang kini ada di pasaran.

Batang tak naik

MASALAH disfungsi erektil atau ED boleh berlaku pada semua lelaki dewasa, sama ada muda atau tua. Apabila tidak cukup darah disalurkan ke dalam ruang otot alat kelamin dalam keadaan teruja seks, ereksi tidak berlaku.

Justeru, cara yang biasa dikendalikan ialah memastikan banyak darah masuk ke dalam otot itu.

Konek lembik harus diurut dan jika masih berkemampuan, ereksi berlaku seketika dan lelaki itu perlu memasukkan alat kelaminnya ke dalam alat kelamin pasangan secepat mungkin. Jika tidak dibuat segera, ia menjadi kendur semula.

Bagaimanapun, ini bukan cara merawatnya kerana lambat-laun ereksi tidak akan berlaku seperti kebiasaan. Ramai lelaki tidak sedar tanda ereksi tidak menjadi atau gagal adalah tanda permasalahan menyeluruh.

Ia mungkin tanda anda mempunyai penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular atau tanda akan terkena penyakit kardiovaskular.

Ia juga mungkin petanda penyakit kencing manis atau masalah berkaitan peningkatan kolesterol dalam darah.

Jadi perkara bijak untuk mana-mana lelaki yang mengalami masalah ini ialah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan menilai tahap kesihatan serta mendapat nasihat dan rawatan jika ada masalah tertentu.

Selain itu, kegagalan mencapai ereksi ketika ingin melakukan hubungan seks dengan pasangan ialah petanda amalan gaya hidup tidak sihat.

Hubungan seks adalah hubungan lasak fizikal serta memerlukan tenaga dan kekuatan fizikal. Obesiti, tidak melakukan senaman secara berkala, tekanan dan amalan tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras menjadi beberapa faktor yang mempengaruhi kemampuan seksual lelaki.

Jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat, anda tidak ada sebab untuk tidak melakukannya. Anda boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mulakan senaman lasak atau mengurangkan saiz badan yang mungkin obes.

Ini mustahak untuk mengelakkan masalah kesihatan lain. Mungkin melalui pemeriksaan terbabit doktor dapat mengesan penyakit tertentu lebih awal, seperti peningkatan kolesterol atau masalah kardiovaskular.

Apabila badan anda cergas akibat senaman berkala, tahap hormon testosterone menjadi mantap dan sistem syahwat lebih baik serta kemampuan fungsi seksual lebih berdaya.
Anda tidak perlu memakan ubat kuat atau menjalani urutan batin kerana ini semua tidak berkesan dan hanya untuk jangka pendek.

Ubat pelancar darah untuk lelaki yang benar-benar mengalami masalah mati pucuk tidak boleh disalahgunakan oleh orang muda, kecuali doktor pakar mencadangkannya.

Kepada lelaki yang mengalami masalah ini, saya sarankan segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan amalkan gaya hidup sihat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...