Adakah Umur Mempengaruhi Kesuburan Lelaki

Spread the love

Biasanya lelaki mendabik dada dengan mengatakan bahawa semakin berusia, mereka semakin matang, berbanding wanita yang semakin jatuh ‘saham’ bila berusia. Begitu juga dengan kesuburan.

Umum telah mengetahui bahawa bila seseorang wanita itu meningkat usia, tahap kesuburan juga akan berkurangan. Tetapi terdapat anggapan umum bahawa kesuburan lelaki tidak dipengaruhi oleh umur. Banyak berlaku didalam masyarakat kita, lelaki yang lanjut usia masih boleh menghamilkan isteri (atau isteri-isteri) mereka.

Adakah dakwaan ini benar?

Tidak banyak kajian yang dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara umur dankesuburan lelaki. Walaubagaimanapun, kami terjumpa beberapa kajian tentang perkara ini. Berikut adalah hasil dapatannya.

Kajian ini telah dijalankan di Universiti Soroka, Israel. (Hmm, saya tau kita semua benci Israel, tapi tak salah jika kita ambil perkara-perkara yang bermanafaat dari mereka) Para pengkaji telah membuat analisis sperma keatas sekumpulan lelaki dari beberapa kumpulan umur. Mreka membuat perbandingan dari segi kualiti dan kuantiti sperma.

Mereka mendapati bahawa;

dari segi kuantiti sperma, tahap kemuncak adalah sekitar umur 30-35 tahun. Kuantiti sperma ini didapati pada peringkat yang paling rendah setelah berumur 55 tahun.

dari segi kualiti sperma, iaitu daya gerak sperma(motiliti), tahap kemuncak adalah 25 tahun kebawah. Golongan yang berumur 55 tahun keatas berada pada tahap kualiti sperma yang paling rendah. Dari umur 35-55 tahun, kualiti atau daya gerak sperma merosot agak drastik iaitu 54%.

Dalam suatu kajian yang lain yang dijalankan di Lawrence Livermore National Laboratory, University of California, mereka mendapati bahawa gangguan genetik pada sperma meningkat bila umur meningkat dan seterusnya memberi kesan kepada kesuburan.

Selain itu, ia juga terdedah kepada risiko keguguran dan kecacatan fetus.

Hasil dapatan di atas sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan ego lelaki bahawa faktor umur tidak memihak kepada mereka dalam proses untuk mendapat zuriat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...