Air mani tiada sperma kerana kilang air mani tidak berfungsi

Spread the love

Kilang sperma tidak berfungsi

Saya dua kali pergi ke LPPKN untuk membuat ujian dan keputusan mendapati tiada sperma langsung. Pegawai perubatan mengatakan, mungkin saluran sperma tersumbat atau kilang sperma tidak berfungsi.

Saya disaran merujuk ke bahagian urologi dan sampel darah diambil untuk pemeriksaan lanjut.
Di LPPKN, mereka mengatakan jumlah air mani dikeluarkan tidak banyak, tetapi jumlah ketika bersama isteri lebih banyak daripada yang saya keluarkan di LPPKN.

Apakah punca ketiadaan sperma di dalam air mani dan langkah yang perlu saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Untuk pe­ngetahuan, saya berkahwin setahun lalu dan belum ada anak.

WAFY
Jitra, Kedah

Anda menjalani pemeriksaan awal fertiliti dengan pasangan dan diberitahu air mani tiada sperma. Situasi ini dikenali sebagai Azoospermia.

Biasanya, doktor akan memeriksa kedua-dua buah zakar untuk menyukat isi padu selain semua bahagian untuk mengesan jika ada ketulan atau kebengkakan salur vena.

Jika isi padu air mani kurang satu mililiter setiap kali menjalani ujian air mani, doktor akan jadualkan pemeriksaan imbasan atau ‘scanning’ di kawasan pundi prostat untuk mengesan ­jika wujud kesempitan sistem ejakulatori.

Jika isi padu buah zakar normal dan tiada sekatan dikawasan prostat, doktor akan lakukan biopsi ke atas kedua-dua buah zakar.

Untuk tujuan itu, sedikit tisu dari kedua-dua buah zakar diambil untuk diteliti jika kilang sperma anda normal atau sebaliknya.

Sebelum melakukan prosedur pembedahan biopsi, doktor menyukat hormon FSH dan hormon testosterone anda untuk mengesan jika tahap kedua-dua hormon itu normal atau sebaliknya.

Jika tahap hormon FSH melambung dua hingga tiga kali ganda, ini petanda kilang buah zakar anda tidak berfungsi dengan baik.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘Testicular Failure’. Kini dengan pendekatan terbaru tentang kesuburan lelaki, prosedur seperti MESA atau TESA menggunakan jarum khusus untuk me­nyedut keluar cecair dari buah zakar atau pundi epididimis boleh dilakukan bagi mengesan sperma jika ada dan me­nyimpan sperma (melalui sperm storage) untuk prosedur ICSI (menyuntik sperma ke dalam telur isteri untuk mendapat embrio).

Prosedur ini memerlukan kecekapan serta penelitian dan bukan sebarangan ahli urologis dapat melakukannya.

Anda boleh rujuk kepada mana-mana pusat fertiliti berdekatan untuk mendapat nasihat dan maklumat mengenai kos dan peratusan hasil prosedur ICSI pusat fertiliti sebelum anda dan pasangan menjalani prosedur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • tiada sperma
  • kilang air mani
  • buah zakar bersimpul bermasalah
  • telur zakar melecet
  • mengalami varikosel blog
  • sakit buah zakar tersimpul
  • kos pembedahan varikosel
  • kilang sperma tidak berfungsi
  • sperma melecit
  • air mani tiada isi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *