Bakal suami tertekan kerana zakar kecil
ZAKAR saya hanya berukuran tiga inci ketika tegang. Adakah ia saiz normal bagi lelaki dewasa? Ketegangannya pula jelas sekali tidak mantap.
Adakah ia normal? Ia memang memberi tekanan kepada saya. Saya khuatir apabila berkahwin kelak, saya tidak mampu memberi kepuasan seksual kepada isteri. Apakah rawatan terbaik untuk saya?
JIMI,Ipoh, Perak.
MENGIKUT kajian, saiz normal zakar ketika menegang adalah lima hingga enam inci. Memang menjadi impian lelaki untuk zakar mantap dan sihat. Malangnya ia menunjukkan mereka berkemampuan untuk memberi kepuasan dan kebahagian kepada pasangan masing-masing.
Jika sebaliknya, mereka rasa rendah diri dan mungkin tidak mahu berkahwin. Kebiasaannya lelaki dengan masalah sedemikian berusaha apa saja untuk memastikan alat kelaminnya dapat berfungsi normal.
Penggunaan alat pam vakum dapat membantu untuk mendapatkan ereksi mantap, tetapi ia tidak kekal. Ini kerana apabila alat berkenaan tidak dipakai, saiz zakar kembali kepada keadaan ‘bermasalah’ seperti sebelumnya.
Namun, alat seperti Penile Extender dan Andropenis dapat membantu anda mendapatkan saiz dan jangka masa ereksi yang anda inginkan. Apa yang penting penggunaannya tidak mendatangkan kemudaratan.
Sebagai permulaan, buat temujanji dengan pakar yang arif dalam kesihatan lelaki untuk menjalani pemeriksaan zakar.
Jika ia sihat, anda tidak perlu bimbang. Jangan terpengaruh dengan cerita orang kononnya zakar besar dan panjang lebih baik dan bagus untuk memberi kepuasan seksual kepada pasangan. Ia tidak betul! Ia sebenarnya hanya memberikan ketidakselesaan kepada pasangan anda!