Buah zakar tersangkut kerandut

Spread the love

Buah zakar tersangkut kerandut

SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan bulan. Masalah yang dihadapinya ialah buah zakar di sebelah kiri tidak turun sepenuhnya.

Saya membawanya ke hospital kerajaan untuk rawatan susulan dan doktor menyarankan supaya pembedahan kecil dibuat pada buah zakar berkenaan sebelum umurnya dua tahun.

Adakah anak saya perlu menjalani pembedahan itu? Apa kesan terhadap dirinya dan apabila dewasa, adakah ia akan menjejaskan kesuburannya?

IBU RISAU,

Hulu Langat, Selangor

KETIKA dalam perut ibu, kedua-dua buah zakar bayi lelaki masih berada di dalam perutnya. Kemudian ketika kandungan berusia tujuh bulan, ia sampai ke paras tundun dan beberapa minggu sebelum kelahiran, barulah ia masuk ke dalam kerandut.

Jadi tidak hairanlah jika bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan, kedua-dua buah zakarnya tiada dalam kerandut. Bagaimanapun, selepas beberapa bulan ia tetap turun ke dalam kerandut.

Bayi lelaki yang cukup umur ketika lahir mempunyai buah zakar yang normal (terletak di dalam kerandut). Namun, wujud keadaan buah zakar tiada dalam kerandut, tetapi jika dibelek kita mendapatinya di atas kerandut.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘retractile testis’ dan buah zakar berkenaan akan memasuki kerandut apabila bayi itu lebih matang dalam umur dua tahun dan ke atas.

Adalah perkara biasa jika doktor mengesyorkan buah zakar yang tersangkut di atas kerandut diturunkan menerusi pembedahan kecil. Ia mustahak kerana buah zakar yang kekal tersangkut tidak membesar dan jika itu berlaku, kilang sperma tidak menjadi dan buah zakar itu tidak menghasilkan sperma!

Dahulu terdapat ubat ‘androcur’ yang dapat menarik buah zakar yang tersangkut turun. Namun, kajian menunjukkan yang rawatan itu tidak berkesan. Tiada cara lain kecuali pembedahan pemindahan buah zakar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...