Buat ujian jangkitan herpes jika zakar berkudis

Spread the love

KULIT yang menggelembung, ruam atau kudis boleh berlaku pada anggota kelamin lelaki dan perempuan. Jika berlaku pada lelaki, ia boleh muncul pada mana-mana bahagian, termasuk dekat pembukaan lubang kencing.

Baru-baru ini, seorang lelaki menyatakan dia mengalami kulit seakan-akan melecur pada hujung zakar dan kini kulit di situ mula menggelupas. Perkara ini merisaukannya walaupun sudah mendapat rawatan doktor.
Kesan seakan melecur mungkin jangkitan herpes dan biasanya, kudis sebegitu akan mengambil masa untuk kering dan pulih.

Jika itu jangkitan kuman atau kulat lain, sudah tentu rawatan yang diberi doktor terbabit tidak akan berkesan. Namun, tindakan lelaki tadi berjumpa doktor adalah tepat meskipun ragu-ragu dengan jawapan doktor berkenaan.

Adakala doktor sukar untuk mengenali penyakit sebenar kecuali melalui ujian tertentu. Jangkitan virus herpes boleh diketahui melalui ujian darah. Jika benar anda menghidapi jangkitan herpes, sudah tentu anda menyebarkan penyakit terbabit kepada pasangan anda juga kerana ia berjangkit.

Jika pasangan anda mengalami perubahan yang sama seperti anda kemudian hari, perubahan kulit seperti rasa sakit, kulit gelembung dan ruam, kemungkinan virus herpes itu sudah berjangkit.

Kembali kepada penyakit kulit bahagian anggota kelamin lelaki terbabit, anda perlu tahu sedikit sebanyak mengenai penyakit berkenaan supaya tahu apa yang anda perlu dilakukan dalam keadaan tertentu.

Kudis yang muncul pada anggota kelamin boleh muncul sebagai satu kudis atau berkumpul sebagai beberapa kudis di bahagian yang sama atau berdekatan.

Ia boleh muncul seperti tanda-tanda kemerahan pada kulit atau kulit terasa sengal atau gatal dan kemudiannya menggelupas atau menggelembung. Jika kudis itu terkena air, anda pasti terasa sakit.

Biasanya, kudis zakar dikaitkan dengan pelbagai jangkitan kuman, virus atau kulat penyakit kelamin kerana hubung kaitnya dengan hubungan kelamin.

Jika kebetulan pesakit itu menghidapi jangkitan HIV, kesan jangkitan kulat dan kuman virus kepada kulit boleh menjadi lebih ketara dan lebih teruk.

Tidak semestinya semua kudis pada anggota kelamin itu akibat dijangkiti kuman penyakit kelamin. Jika kebetulan lelaki itu mengamalkan seks oral, mungkin gigitan daripada pasangan boleh mencetuskan jangkitan daripada kuman yang terdapat dalam mulut.

Kadangkala, alahan biasa boleh mencetuskan reaksi kepada kulit zakar dan mengakibatkan kulit menggelembung. Jarang kudis itu terjadi akibat jangkitan penyakit tibi kulit dan juga akibat kanser kulit.

Jadi, amat mustahak untuk lelaki yang menghidap zakar berkudis untuk berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan serta ujian darah. Tanpa diagnosis tepat, sukar bagi doktor memberi rawatan lebih berkesan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • simptom jangkitan kuman dikulit zakar
  • ruam merah pada zakar
  • lintah boleh kesan AIDS
  • kulit zakar melecet
  • penyakit di kulit zakar
  • Ubat untuk Zakar berkudis
  • kudis berkumpul
  • kudis di zakar
  • jangkitan kulat pada zakar
  • zakar berkudis
  • ujian zakar
  • pergelangan zakar melecet
  • zakar melecur
  • jangkitan kulat pada batang zakar