Recent Posts

Air Mani

Air mani tiada sperma kerana kilang air mani tidak berfungsi

Kilang sperma tidak berfungsi

Saya dua kali pergi ke LPPKN untuk membuat ujian dan keputusan mendapati tiada sperma langsung. Pegawai perubatan mengatakan, mungkin saluran sperma tersumbat atau kilang sperma tidak berfungsi.

Saya disaran merujuk ke bahagian urologi dan sampel darah diambil untuk pemeriksaan lanjut.
Di LPPKN, mereka mengatakan jumlah air mani dikeluarkan tidak banyak, tetapi jumlah ketika bersama isteri lebih banyak daripada yang saya keluarkan di LPPKN.

Apakah punca ketiadaan sperma di dalam air mani dan langkah yang perlu saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Untuk pe­ngetahuan, saya berkahwin setahun lalu dan belum ada anak.

WAFY
Jitra, Kedah

Anda menjalani pemeriksaan awal fertiliti dengan pasangan dan diberitahu air mani tiada sperma. Situasi ini dikenali sebagai Azoospermia.

Biasanya, doktor akan memeriksa kedua-dua buah zakar untuk menyukat isi padu selain semua bahagian untuk mengesan jika ada ketulan atau kebengkakan salur vena.

Jika isi padu air mani kurang satu mililiter setiap kali menjalani ujian air mani, doktor akan jadualkan pemeriksaan imbasan atau ‘scanning’ di kawasan pundi prostat untuk mengesan ­jika wujud kesempitan sistem ejakulatori.

Jika isi padu buah zakar normal dan tiada sekatan dikawasan prostat, doktor akan lakukan biopsi ke atas kedua-dua buah zakar.

Untuk tujuan itu, sedikit tisu dari kedua-dua buah zakar diambil untuk diteliti jika kilang sperma anda normal atau sebaliknya.

Sebelum melakukan prosedur pembedahan biopsi, doktor menyukat hormon FSH dan hormon testosterone anda untuk mengesan jika tahap kedua-dua hormon itu normal atau sebaliknya.

Jika tahap hormon FSH melambung dua hingga tiga kali ganda, ini petanda kilang buah zakar anda tidak berfungsi dengan baik.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘Testicular Failure’. Kini dengan pendekatan terbaru tentang kesuburan lelaki, prosedur seperti MESA atau TESA menggunakan jarum khusus untuk me­nyedut keluar cecair dari buah zakar atau pundi epididimis boleh dilakukan bagi mengesan sperma jika ada dan me­nyimpan sperma (melalui sperm storage) untuk prosedur ICSI (menyuntik sperma ke dalam telur isteri untuk mendapat embrio).

Prosedur ini memerlukan kecekapan serta penelitian dan bukan sebarangan ahli urologis dapat melakukannya.

Anda boleh rujuk kepada mana-mana pusat fertiliti berdekatan untuk mendapat nasihat dan maklumat mengenai kos dan peratusan hasil prosedur ICSI pusat fertiliti sebelum anda dan pasangan menjalani prosedur.

Masalah Cepat Pancut Air Mani bagi Lelaki

Masalah cepat pancut antara gejala yang paling di takuti oleh lelaki. Sebagai panduan untuk anda, berikut adalah tujuh sebab kenapa masalah cepat pancut terjadi.

1.Keyakinan yang rendah

Keyakinan rendah suami untuk puaskan isterinya akan jadi penyebab dia alami masalah cepat pancut. Ini kerana dia akan ragu–ragu dalam tindakan dia untuk merangsang isterinya. Ragu–ragu hanya akan merosakkan hubungan seks.

2.Zakar yang terlalu sensitif

Kepala zakar yang terlalu sensitif terhadap rangsangan juga akan jadi penyebab kepada masalah cepat pancut.

3.Tidak pandai bersetubuh

Lelaki yang tiada ilmu yang cukup untuk melakukan persetubuhan pasti akan alami masalah cepat pancut. Ini kerana, mereka hanya ikut nafsu mereka sahaja tanpa memikirkan pasangan.

4.Kurangnya ilmu mengenai organ seksual wanita

Bagi lelaki yang terlalu fokus pada dua organ seksual utama wanita iaitu payudara dan vagina, mereka akan tewas awal kerana mereka rasakan sudah cukup untuk rangsang isteri mereka melalui rangsangan pada dua organ ini. Padahal organ seksual wanita adalah seluruh badan termasuklah pemikiran. Anda perlu rangsang semuanya untuk beri kepuasan pada isteri supaya dia datang inzal.

5.Tertekan

Perasaan tertekan menyebabkan anda ingin cepat tamatkan hubungan seks. Hasilnya, anda akan datang inzal lebih cepat dari isteri.

6.Tidak cukup terangsang

Mereka yang terangsang secara fizikal dan emosi akan sabar untuk menikmati hubungan seks.

7.Marah

Perasaan marah pada pasangan akan menyebabkan anda terleka dari mengatur rangsangan yang sepatutnya.

Jika anda dapat elak dari tujuh penyebab di atas, anda pasti tidak akan alami masalah cepat pancut.
Ada satu lagi teknik ‘hebat bagimana anda boleh elak dari masalah cepat pancut.

Masalah lelaki tiada sperma dalam air mani

MINGGU ini, saya ingin menjawab satu soalan mengenai kegagalan seorang pesakit mendapatkan zuriat kerana masalah Azoospermia atau tiada sperma. Mungkin juga masalah ini dapat dikongsi semua pasangan yang gagal mendapatkan cahaya mata.

Seorang pesakit menghubungi saya dan menyatakan dia gagal menimang cahaya mata selepas lima tahun berkahwin. Dia pernah membuat pemeriksaan ujian air mani dan didapati tiada sperma di dalam air maninya.

Selepas memakan ubat diberi doktor selama seminggu, pesakit ini kembali berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan, namun keputusannya masih sama. Doktor turut memeriksa salur atau ‘tiub’ sperma dan mendapati ia tidak tersumbat.

Sebenarnya, ketiadaan sperma dalam air mani bukan disebabkan salur atau tiub air mani tersumbat, sebaliknya akibat kerosakan buah zakar yang mengeluarkan sperma.

Begitupun, untuk mengenal pasti jika salur air mani tersumbat, isi padu air mani akan berkurangan kepada satu mililiter (ml). Ini petanda bahawa salur sperma tersumbat.

Namun, jika isi padu air mani lebih daripada itu, masalah ketiadaan sperma dalam air mani tidak ada kaitan dengan saluran terbabit.

Ini mungkin disebabkan buah zakar anda rosak atau tidak dapat menghasilkan sperma. Jika kebetulan saiz buah zakar anda melebihi 12ml mengikut ukuran dengan alat pengukur buah zakar seperti ‘Prader’s Okidometer’, doktor boleh melakukan pembedahan kecil untuk mengambil secebis tisu daripada kedua-dua buah zakar anda untuk mengenal pasti jika kilang sperma berfungsi atau sebaliknya.

Jika didapati kilang sperma tidak aktif dan tiada sperma dalam kilang terbabit atau dalam salur dalaman buah zakar, ia menjadi masalah besar kerana anda tidak mungkin dapat menghamilkan pasangan. Untuk itu, anda tiada peluang memiliki cahaya mata.

Malah setahu saya, anda juga tiada peluang mendapat anak melalui proses benih derma atau ‘donor sperm’. Oleh itu, cara terbaik adalah dengan mengambil anak angkat.

Bagaimanapun, jika ujian pengambilan tisu buah zakar dan kaedah menyedut keluar sperma daripada salur sperma kecil dalam buah zakar menemui beberapa sperma separa matang, ia boleh disuntikkan ke dalam telur isteri untuk mendapat embrio atau hasil cantuman telur dengan sperma, yang mana ia boleh dimasukkan ke dalam rahim.

Jika kebetulan percantuman berlaku, kemungkinan isteri anda boleh hamil. Untuk memastikan kaedah ini boleh dilakukan, anda perlu merujuk kepada pakar kesuburan di kawasan tempat tinggal anda.

Saranan saya, Allah maha Kuasa. Jangan putus asa. Teruskan usaha mendapatkan cahaya mata. Kini dengan melayari internet, anda boleh mendapat banyak maklumat dan kemudahan perawatan kesuburan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...