Recent Posts

Kesihatan

Kalau dah namanya perempuan

Seorang isteri bukan saja memegang kunci kebahagian dan ketenteraman jiwa suaminya, malah ia memegang kunci kejayaan hidupnya. Kenyataan bahawa setiap di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijak dan berjiwa besar merupakan satu kenyataan yang lumrah diterima di mana-mana.

Si isteri mempunyai serampang mata dua yang sakit, ia boleh membuat suaminya hidup bersemangat, bercita-cita tinggi, gigih dan ia boleh membuat suaminya menjadi seorang yang lemah, patah hati , tidak percaya diri sendiri, pengecut, ragu-ragu dalam membuat keputusan-keputusan dan bertindak.

Sikap dan perhubungan seorang isteri dengan masyarakat juga merupakan satu faktor yang menentukan nama baik suaminya di kalangan orang ramai, kerana tingkah laku so***** seorang isteri tidak boleh dipisahkan dari nama baik suaminya.

Dalam kehidupan rumah tangga ada enam isteri yang membawa kesiksaan-kesiksaan jiwa kepada suaminya sehingga membuat mereka tidak bersemangat untuk melaksanakan kejayaan-kejayaan baru dalam hidup.

( 1 ) Isteri yang tidak tahu membuat keputusan

Dia seorang isteri yang kaku tanpa inisiatif. Dia hanya tahu menyelesaikan perkara-perkara titik bengik mengenai kepentingan-kepentingan diri setiap hari dan tugas-tugas kecil mengenai hal-hal rumah tangga saja.

Selain dari itu seluruh persoalan hidup yang lain dibebankan ke pundak suaminya. Dia tidak mahu mengambil keputusan bagaimana hendak menyusun perabut-perabut rumahnya dengan yang lebih menarik, tidak tahu mengambil keputusan terhadap kelakuan dan tindak tanduk anak-anaknya, tidak tahu membuat anggaran rumah tangga yang wajar dan teratur, tidak tahu membuat sesuatu yang membina terhadap dengan jiran tetangga, sanak saudara dan kawan temannya, malah ia tidak tahu menentukan barang-barang yang perlu dibeli untuk kepentingan rumah tangganya, malah kadang-kadang ia tidak tahu menentukan jenis-jenis masakan yang patut di sediakan hari ini. Segala-galanya dirujukkan kepada suaminya. Pendeknya dia tidak akan bertindak melainkan dengan arahan yang jelas dari suaminya.

Suami yang mendapat isteri yang sedemikian terpaksa memikul beban-beban tambahan yang berat di samping pekerjaan hariannya.

Ia terpaksa memikul beban-beban rumah tangga serentak dengan beban-beban pejabatnya. Dia selalu saja diganggu oleh pertanyaan-pertanyaan yang tidak putus-putus dari isterinya bagaimana hendak membuat itu dan ini. Akibatnya bukan saja membuang waktu suaminya yang berharga malah menghalangi dari memikirkan sesuatu yang lebih serius dan berguna kepada kemajuan dan kemajuan hidup.

( 2 ) Isteri yang selalu mengomel / berleter

Dia selalu tidak puas hati biar apa pun yang dibuat oleh suaminya. Dia mengomel, mengeritik, dan mempersenda semua tindak tanduk suaminya. Segala galanya tidak kena dan ada saja cacat celanya. Suaranya seperti suara nyamuk yang terus menyerang dan menganggu. Dia tidak segan-segan memperkatakan kelemahan-kelemahan suaminya kepada orang lain.

Dia seorang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak sabar. Dia mahu segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan. Lebih jauh dari itu dia begitu lancang membuat pertandingan-pertandingan yang tidak adil dengan suami-suami orang lain.

Untuk mencari hiburan dan ketenteraman, suaminya lebih suka berlabuh di kedai-kedai kopi hingga jauh petang dan jauh malam, dan suka melupakan diri dengan permainan-permainan catur dan daun terup,atau mencari kedamaian pada perempuan-perempuan yang lain atau pada minuman-minuman keras.

Seorang suami yang bernasib baik sedemikian tidak lagi mempunyai kegairahan atau inisiatif untuk bekerja keras bagi memajukan hidupnya dan hidup anak-anaknya. Ia seorang suami yang begitu bosan dengan hidupnya.

( 3 ) Isteri diktator

Dia seorang isteri yang gila kuasa. Dia melayani suaminya sebagai tawanan atau sebagai kanak-kanak yang kecil. Dia mahu semua keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan dia mahu menguasai semua perbelanjaan rumah tangga. Setiap hari terima gaji dia akan menunggu suaminya di muka pintu untuk mengambil semua gaji itu dan mengawal semua perbelanjaan-perbelanjaan suaminya.

Setiap kali suaminya pulang dari luar dia akan memeriksa saku suaminya dan meminta laporan kemanakah suaminya akan membelanjakan wang yang diambilnya petang tadi.

Dia bukan saja mengawal perbelanjaan suaminya, malah dia menyoal setiap gerak-geri suaminya dan tidak silu-silu mengkritik tindak tanduk suaminya di depan kawannya. Akibatnya si suami itu menjadiseorang yang tdak berperibadi, lemah dan lumpuh di dalam segala-galanya.

Dia menjadi bahan ketawa kawan-kawannya dan tentulah suami yang seperti itu tidak mempunyai kesempatan-kesempatan dan dorongan-dorongan yang wajar untuk hidup dengan lebih maju dari kedudukannya yang ada sekarang.

( 4 ) Isteri yang suka campur tangan

Dia seorang isteri yang bercita-cita tinggi, tetapi menyalahgunakan kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-cita itu. Dia mahu suaminya naik pangkat dan merasa kewajipan nutuk campur tangan agar suaminya cepat naik pangkat. Kerana itu dia membuat hubungan-hubungan dengan isteri ketua pejabat atau isteri majikan suaminya atau membuat hubungan lansung dengan ketua pejabat atau majikan itu sendiri dengan tujuan untuk mempengaruhi mereka agar suaminya mendapat kenaikan pangkat. Ia tidak sedar bahawa campurtangannya itu merosakkan imej suaminya di mata ketua pajabat atau majikannya dan manimbulkan kebencian pada mereka. Kadang-kadang hubungan lansungnya dengan ketua pejabat dan majikan itu menimbulkan tomahan-tomahan yang menjatuhkan maruah suaminya pada pandangan orang lain.

( 5 ) Isteri yang boros

Dia hidup dengan satu anggapan yang salah iaitu tugasnya bukan mencari duit, tetapi membelanjakan duit. Tugas seorang suami ialah mencari duit dan sebagai suami yang tahu harga diri dia harus pandai mencari duit sebanyak yang diperlukan oleh isterinya.

Atas anggapan inilah ia memboroskan pendapatan suaminya dengan membelikan barang-barang yang mewah dan mahal seperti alat-alat kosmetik, permaidani, pinggan mangkuk yang tinggi mutunya, dan pelbagai lagi barang mewah yang tidak diperlukanya.

Suami terpaksa mencari pendapatan dengan mencari kerja-kerja lebih masa atau melakukan rasuah di pejabatnya untuk membayar bermacam-macam hutang yang meyerabut kepalanya. Biasanya dia tidak berunding dengan suaminya semasa hendak membeli sesuatu barang melainkan barang itu sudah sampai di rumah dan di sana dia akan meletakkan suaminya yang sabar dan lemah itu di depan kenyataan yang pahit.

Akibatnya suami menjadi begitu lemah dan lumpuh. Jiwanya ditekan berbagai-bagai kerunsingan yang menjejaskan kecekapan dalam menjalani tugas-tugas hariannya dan tidk lagi mempunyai kesempatan-kesempatanuntuk memajukan dirinya.

( 6 ) Isteri so*****

Dia seorang isteri yang sentiasa berpakaian cantik. Dianggap kewajipan utamanya bukan terletak di rumah tangga, malah menghadiri pertemuan-pertemuan, majlis-majlis keramaian, melawat rumah-rumah teman dan bergiat dalam berbagai-bagai kegiatan so***** tanpa menghiraukan rumah tangganya. Dia tidak sempat menghiraukan sarapan pagi untuk suaminya, kerana ia masih nyenyak tidur akibat balik jauh malam.

Suaminya tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ikut sama ke mana-mana majlis yang dihadirinya untuk memperlihatkan keperibadiannya sebagai seorang suami yang bermaruah.

Untuk memenuhi tuntutan-tuntutan hidupnya yang begitu so***** itu dia terpaksa berbelanja lebih yang memberatkan suaminya. Kemudian dia meyiksakan suaminya dengan membandingkannya dengan suami-suami sahabatnya yang bergaji besar dan mewah dengan tujuan agar suaminya juga berusaha mencapai taraf hudup seperti itu.

Oleh kerana suaminya tidak mempunyai asas pelajaran yang sama dengan mereka, maka sudah tentu pemberangsangan itu sia-sia saja, malah membuat suaminya semakin lemah dan oatah semangat dan berakhir dengan kejatuhan-kejatuhen yang menyedihkan.

Mati Pucuk Petanda Sakit Jantung

Mati Pucuk Petanda Sakit Jantung

Mati pucuk (ED) merupakan petanda akan berlakunya serangan jantung. ED harus mendahului penyakit arteri koronari (CAD) memandangkan arteri zakar jauh lebih kecil daripada koronari, pesakit yang menghadapi masalah ED berpotensi menghadapi risiko yang amat tinggi diserang sakit jantung.

Petikan Malaysikini pada 22 oktober 2010 melaporkan hasil kajian Pusat Perubatan Universiti Malaya, Tujuh daripada 10 lelaki yang dirawat di pusat tersebut kerana sakit jantung menghadapi masalah ED, masalah ED itu dikesan enam bulan sebelum mereka dimasukkan ke hospital berkenaan.

Menurut Dr. Ramesh Singh Veerah dapatan kajian selama setahun itu dijalankan melibatkan 111 lelaki yang aktif seks yang dirawat kerana serangan jantung menunjukkan 75.7% mengalami ED, malahan 24.7% daripada 81 lelaki tidak aktif seks yang tidak dimasukkan dalam kajian tersebut, turut dilaporkan mengalami ED lebih enam bulan sebelum pemerisaaan dijalankan.

ED dan penyakit arteri koronari (CAD) berkongsi banyak faktor risiko yang sama dan berkaitan rapat. Atherosclerosis – punca penyebab CAD dan ED adalah meruapakan gangguan inflamasi umum yang berlaku pada kadar yang sama di seluruh vaskular tubuh.

tanda-tanda-penyakit-jantung

Penyakit punca lesu dan lemah ereksi

Lelaki sudah pastinya akan mengalami ereksi jika terdapat tindak balas rangsangan seksual. Ia adalah perkara biasa bagi seorang lelaki jika dia tidak mempunyai apa- apa masalah kesihatan dan mempunyai tubuh badan yang baik.

Begitupun, jika keadaan tidak mengizinkan seperti ketika keletihan atau tekanan misalnya, tindak balas seksual tidak atau sukar untuk berlaku. Namun, ereksi masih boleh berlaku jika ia dipaksa tetapi akan memberikan kualiti erek yang berkurangan seperti tidak keras atau tidak cukup padat.
Bagi mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat, situasi ini boleh berlaku kepada mereka bila-bila masa saja. Pesanan saya untuk kaum lelaki, jika anda mahukan daya ereksi yang terbaik, sentiasalah mengamalkan gaya hidup sihat.

Senaman berkala seperti joging, berjalan atau berenang dapat membantu menyihatkan badan. Senaman ini dapat membina stamina yang amat diperlukan ketika mahu bersama pasangan. Senaman kegel atau senaman ‘kemut’ juga membantu memantapkan benteng zakar.

Senaman ini boleh dilakukan empat hingga lima kali sehari dan setiap kali hanya dua atau tiga minit saja sudah mencukupi. Namun jika anda masih mendapati kemampuan ereksi kurang padat atau kurang meyakinkan, segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sesetengah lelaki gagal mempunyai daya ereksi mantap walaupun mengamalkan gaya hidup sihat kadangkala mempunyai masalah kesihatan dalaman. Ia seperti kemunculan penyakit kronik kencing manis atau tekanan darah tinggi.

Jika kebetulan anda mengalami masalah peningkatan kolesterol dalam darah, anda perlu mendapatkan rawatan kerana masalah ini turut memperlahankan perjalanan darah ke dalam otot zakar.

Sesetengah lelaki mengesyaki keadaan buah zakar kiri kelihatan lebih besar dan menyangka ia berkaitan dengan masalah lemah syahwat. Bagaimanapun, tanggapan itu salah. Jika anda berasa ragu selepas membuat pemeriksaan kendiri terhadap zakar, lebih baik anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Jangan sekali-kali memakan ubat kuat atau apa-apa alat untuk zakar yang dijual secara berleluasa di pasaran luar. Semua itu mungkin tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa dan kemungkinan diperbuat daripada bahan tiruan.

Justeru, nasihat doktor adalah jalan penyelesaian terbaik bagi mana-mana lelaki yang mengalami masalah lemah tenaga batin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...