Gagal beraksi dan zakar tidak keras

Spread the love

SAYA mendirikan rumah tangga 10 bulan lalu dan baru-baru ini, saya perasan alat kelamin saya tidak keras sepenuhnya setiap kali ereksi.

Untuk pengetahuan, saya berusia 27 tahun. Adakah ia normal bagi lelaki usia saya? Saya juga merasakan keinginan seks berkurangan, mudah letih, cepat marah dan kurang ereksi.
Adakah saya mengalami masalah kekurangan testosteron kerana sering ejakulasi awal pada permukaan faraj dan gagal melakukan seks penetratif? Masalah ini menyebabkan saya mengalami tekanan, terutama apabila keinginan mendapatkan cahaya mata terlalu tinggi sebagaimana pasangan lain yang baru berkahwin.

BASIR

Kluang, Johor

Seks penetratif memerlukan kerjasama setiap pasangan. Untuk melakukan seks penetratif, yang perlu diketahui adalah faraj pasangan perlu dalam keadaan lega dan bersedia. Dalam hal ini, hanya isteri anda tahu tempat pembukaan farajnya.

Jadi, isteri sepatutnya memegang dan memasukkan zakar anda, sekali gus membuka dan melega keadaan farajnya. Jika isteri anda takut dan tak dapat melegakan pembukaan faraj, sukar anda melakukan penembusan.

Zakar anda akan gagal mengeras sepenuhnya dan mungkin penyebab berlakunya ejakulasi di luar faraj.

Sebaliknya, tusukan zakar yang terlalu keras mendatang bahaya kerana boleh menyebabkan faraj terkoyak.

Sememangnya hujung zakar atau kepala zakar adalah lembut dan bahagian keras adalah ‘batang’. Kepala zakar atau ‘glans’ perlu lembut kerana ia menyerap tekanan hentakan zakar ke dalam faraj. Jika hujung zakar juga keras, wanita akan mengalami kecederaan serius dalam faraj.

Mengenai keadaan anda yang kini murung dan tidak bersemangat, ia tiada kaitan dengan kekurangan hormon testosterone. Sebaliknya ia mungkin kerana rasa rendah diri dan kurang yakin sebagai lelaki kerana semangat kelelakian anda tercabar.

Anda gagal melakukan seks penetratif dan mati akal. Sepatutnya anda dan pasangan perlu membuat persediaan awal ketika hendak menyempurnakan ‘malam pertama’.

Kini banyak panduan melalui buku dan bentuk cakera padat. Antara buku itu ialah ‘Adab Malam Pengantin’ terbitan Telaga Biru yang ditulis oleh saya.

Malah anda dan pasangan boleh dapat panduan hubungan intim dalam bentuk gambar dan ilustrasi.

Jika kaedah itu masih gagal, sebaiknya anda dan pasangan berjumpa pakar pembimbing seksual yang dapat membantu memberi tips cara persetubuhan dan keintiman seksual yang tepat.

Nasihat saya yang terakhir, jangan pendam masalah ini tanpa mendapatkan bantuan profesional dan jangan bazir duit berjumpa bomoh yang kemudian menipu anda dengan menyatakan anda terkena buatan orang hinggakan faraj terkunci.

Masalah ini timbul kerana kejahilan anda mengenai pendidikan seks yang betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • zakar tak keras sepenuhnya
  • telaga biru senaman kegel