Hematospermia: Air Mani bercampur darah

Spread the love

Nafi menjadi panik bila spermanya berwarna merah seakan darah. Yang peliknya dia tidak merasa luka ataupun pedih tapi sperma berdarah ini sangat merunsingkan. Seolah-olah darah keluar dari alat sulitnya. Isterinya turut menjadi cemas, bimbang penyakit itu menular kepadanya.

Apakah epidemik ini dan bagaimana ia boleh terjadi?

Jangan sangka wanita saja yang keluar darah haid, lelaki juga kadangkala mengalami masalah yang seakan sama. Berbeza dengan perempuan ia bukannya fenomena datang bulan tetapi dikenali sebagai hematospermia. Ia adalah keadaan dimana lelaki mengalami pendarahan semasa ejakulasi atau ringkasnya air mani bercampur dengan darah.

Namun begitu percampuran itu bukanlah seperti susu bercampur dengan perasa ros. Darah hanya kelihatan dalam jumlah yang sedikit dan kadangkala lidak disedari oleh pesakit.

Keadaan ini kadangkala membuat lelaki kurang perihatin dan hanya menyedarinya bila ia sudah kelihatan dan ketara. Namun begitu belum ada laporan yang menunjukkan berlaku pendarahan yang banyak dialami oleh lelaki mengidapnya biarpun pada tahap yang serius.

Keadaan ini meskipun wujud di kalangan lelaki tapi jumlah pengidapnya tidaklah terlalu besar. Terdapat dua kesan yang akan berlaku kepada pengidap penyakit ini terutama sekali dari segi psikologinya. Ini kerana ia akan membuat lelaki merasa takut setiap kali melakukan hubungan seks.

Sudah tentu tak ada lelaki yang sanggup berdepan dengan pasangan selepas melakukan hubungan bila diakhirnya melihat sesuatu yang ganjil terdapat pada benihnya. Ini akan menyebabkan lelaki yang mengidapnya tidak selesa setiap kali mahu melakukan hubungan seks.

Selain itu ia juga akan memberi kesan kepada wanita kerana sudah tentu wanita tidak akan membenarkan dirinya dicemari air mani berdarah. Meskipun belum diketahui kesannya pada kesihatan wanita, tapi tentunya mereka tak sanggup rahim mereka diisi dengan bahan tercemar.

Bagaimanapun puncanya kurang diketahui dan ada yang menyangka masalah ini sama seperti darah yang keluar dari hidung semasa cuaca panas. Yang pastinya ia adalah satu masalah tapi jangan terlalu panik.

Dari segi perubatan, hematospermia berlaku akibat kebocoran pada uretra, prostat dan juga saluran mani. Jangkitan pada alat kemaluan lelaki dikatakan sebagai punca utarna, manakala kanser bukanlah punca darah keluar.

Hampir 90% mereka yang mengalaminya tidak ada masalah pada alat kelamin sebelumnya. Manakala tahap umur yang biasa mengalaminya gejala ini adalah diantara 14 hingga 75 tahun dan biasanya lelaki yang berusia akhir 30-an kerap diserang. Yang merimaskan penyakit ini akan menyerang pesakit berulang-ulang kali dan pendarahan berlaku berminggu-minggu.

Antara sebab dikatakan menjadi punca wujudnya penyakit ini. Melakukan hubungan seks dengan cara kasar secara berterusan mungkin penjelasan paling tepat berlakunya penyakit ini, kerana ia mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran kemaluan.

Akibatnya berlaku luka atau bukaan pada saluran alat kelamin lelaki yang menyebabkan pendarahan kecil. Oleh itu elakkan melakukan hubungan kelamin dengan cara yang kasar dan ganas kerana ia mungkin memberi kesan kepada anda.

Ada dua keadaan bagi pesakit hematospermia; iaitu darah hanya keluar semasa ejakulasi bersama air mani, tetapi air kencing mereka tidak bercampur darah. Pesakit juga tidak menunjukkan simptom kesakitan semasa membuang air kecil. Bagi yang mengalami keadaan ini kadangkala rawatan tidak diperlukan kerana ia akan sembuh secara semulajadi.

Manakala keadaan kedua ialah pendarahan berlaku secara konsisten dan boleh dijangkakan, Biasanya berlaku pendarahan semasa membuang air kecil dan pesakit mengalami beberapa penyakit seperti sakit jantung yang kronik dan Jangkitan pada saluran kencing.

Pesakit yang mengalami keadaan ini perlu menjalani rawatan penilaian urologi. Namun begitu jangan memandang rendah pada kesan yang mungkin dibawa oleh penyakit ini.

Bak kata orang mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh itu jika ada tanda awal anda perlu dengan segera mendapatkan rawatan dari pakar. Ditakuti ia akan memberi kesan buruk dan penyakit lain yang tidak dijangkakan seperti Jangkitan kuman dan kudis pada alat kelamin.

Bagi pesakit yang mengalami masalah ini lebih dari 3 minggu mereka patut mendapatkan rawatan penilaian urologi untuk mengesan punca sebenar. la akan meliputi pemeriksaan alat kemaluan dan ujian tekanan darah kerana hipertension juga boleh dikaitkan dengan hematospermia.

Kadangkala sesetengah urologis akan melakukan ujian transrectal ultrasounds untuk melihat samada ada batu karang atau bahan asing dalam saluran kemaluan.

Meskipun begitu rawatan khusus yang ada untuk mengubatinya masih terbatas dan belum begitu dikenalpasti Pengidapnya juga perlu sentiasa mengawasi faktor pemakanan jika dikesan mengalami penyakit ini. Selain itu juga mereka diingatkan supaya sentiasa menentukan jadual melakukan hubungan seks dan mengurangkan kadar kekerapannya agar kesannya kelak tidak melarat dan semakin serius.

Bagi wanita mempunyai pasangan yang menghadapi masalah ini mereka perlu berfikiran terbuka. Hadapi keadaan itu dengan tenang dengan harapan ia boleh diselesaikan.

Memberi tekanan kepada suami hanya akan menambah kesukaran pada keadaan yang sedang mereka lalui. Berikan sokongan moral supaya pasangan dapat melepasi saat sukar itu dengan tenang dan selamat. Tentunya tak ada mana-mana lelaki rela berdepan keadaan ini dalam hidup mereka kerana bagi lelaki air mani menjadi lambang kehebatan dan kesucian diri mereka.

Hematospermia memang menakutkan lelaki tetapi kebanyakan pesakit dikesan tidak mengalami tanda-tanda kurang normal dan tidak memerlukan sebarang terapi. la adalah penyakit yang datang dan pergi serta tidak mendatangkan lain-lain penyakit atau sebarang risiko kepada pasangan.

Jika air mani anda bercampur darah jangan terlalu risau, setidak-tidaknya e-group telah memberitahu anda tentang satu lagi masalah lelaki ini.

Dipetik dari Majalah Maskulin (keluaran January)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • amoxicillin menyebabkan kencing berdarah
  • hematospermia kesan