Hentikan hubungan kelamin jika rasa nak terkencing

Spread the love

APAKAH kesan melakukan hubungan kelamin dalam keadaan menahan air kecil? Pada waktu tertentu, ketika terjaga daripada tidur, zakar menegang secara sendiri melebihi tegangan normal. Adakah kesan sampingannya jika melakukan seks sambil menahan kencing?

INGIN TAHU

Selangor

Biasanya apabila teruja, lelaki mencapai ereksi secukup padat untuk melakukan seks penetratif dengan pasangan. Jika ereksinya tidak cukup keras, anda boleh memadatkannya dengan mengemut atau mencengkam otot lantai pelvis atau otot kemut ketika melakukan tusukan.

Pasangan juga dapat merasai kekerasan ereksi setiap kali ia mengemut. Sesetengah lelaki seperti anda, mendapati ereksi lebih padat pada waktu pagi dan lebih padat apabila terasa seperti mahu membuang air kecil.

Jika dapat ditahan dan melakukan tusukan zakar dalam faraj, tentu ereksi menjadi lebih mantap dan padat serta memberi tusukan lebih cemerlang.

Soalnya ialah sama ada amalan ini memberi kesan negatif kepada lelaki. Jawapannya, jika perasaan ingin membuang air kecil itu tidak ketara, tiada sebab kenapa tidak boleh melakukan seks.

Namun jika terasa seperti mahu benar-benar membuang air kecil dan tusukan ke dalam faraj yang dilakukan kemungkinan boleh menyakitkan lelaki itu dan membantutkan hubungan kelamin atau ejakulasi boleh mencetuskan pengeluaran air kencing, ia harus dihentikan.

Selain itu, hubungan kelamin pada waktu pagi tanpa membersihkan badan dan mulut boleh mengurangkan minat isteri jika isteri sensitif kepada keadaan mulut berbau.

Anda perlu menimbangkan keadaan persetubuhan yang dilakukan seperti anda nyatakan tadi semata-mata mahu keadaan itu memberi ketegangan lebih mantap.

Adakah itu yang pasangan anda mahukan? Hakikatnya, wanita lebih suka beraksi sebelum waktu tidur kerana lebih romantik dan segar dengan pakaian seksi dan wangian yang mengghairahkan.

Untuk makluman pembaca, seks ketika menahan air kencing dapat membuatkan air mani memancut ke depan untuk lelaki yang mengalami masalah air mani keluar di dalam pundi kencing atau masalah ‘retrograde ejaculation’ yang sering dialami mereka yang menghidapi diabetes.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • seks + terkencing
  • ketika bersetubuh rasa nak kencing
  • rasa nak kencing ketika bersetubuh
  • wanita rasa nak kencing ketika bersetubuh
  • rasa nak terkencing ketika bersetubuh
  • nak terkencing semasa hubungan
  • terkencing ketika bersetubuh
  • rasa seperti mahu terkencing semasa jimak
  • rasa nak terkencing dan rasa haus
  • nak terkencing ketika jimak
  • main nak terkencing
  • terasa nak terkencing ketika bersetubuh
  • terkencing ketika seks
  • terkencing semasa bersetubuh
  • rasa nak kencing semasa bersetubuh
  • rasa ingin terkencing ketika bersetubuh
  • rasa nak terkencing bila jimak
  • kenape perempuan terasa nak terkencing bila bersetubuh
  • rasa nak terkencing
  • kenapa melakukan.seks rasa.nak kencing
  • rasa nak terkencing ketika jimak
  • rasa nak terkencing semasa persetubuhan