Keganasan dalam hubungan seks

Spread the love

Sebenarnya keganasan yang berlaku dalam hubungan seks ini berlaku sekiranya lelaki tadi tidak mendapat kepuasan dalam hubungan-hubungan sebelumnya. Jadi, mungkin ini salah satu cara dia melepaskan tekanannya.

Ada juga kes lelaki hanya akan dapat kepuasan bila dia menyeksa pasangannya. Dia akan berasa puas dan mencapai orgasma bila melihat pasangannya meraung-raung atau mengeliat kesakitan.

Baginya ini satu kepuasan yang amat sangat. Sebab itulah dia sanggup memukul dan menyeksa pasangan sebelum melakukan hubungan kelamin. Kepuasan hanya akan dirasai oleh pihak lelaki sahaja sedangkan wanita terpaksa menanggung kesakitan.

Malah ada juga kes di zaman kecilnya dia pernah diseksa oleh ibu atau ibu tiri sehingga menimbulkan tekanan dalam dirinya. Jadi dia akan melepaskan tekanan semasa kecil itu melalui pasangannya.

Ada kala pasangannya diikat dan dipukul bertalu-talu sebelum dipaksa melakukan hubungan seks. Lagi kuat pasangan mereka menggelepar, lebih terasa kepuasan bagi mereka. Kelakuan ini yang kita sifatkan sebagai ‘sex crime’

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...