Kondom cegah hamil sehingga 97 peratus

Spread the love

SAYA ingin tahu sejauh mana kondom selamat digunakan kerana berdasarkan pengetahuan saya, kondom mempunyai sejenis bau serta berhabuk halus.

Adakah habuk itu akan menyebabkan faraj wanita rosak atau dijangkiti kuman yang ada pada kondom itu?

Apakah peratusan penggunaan kondom akan mencegah kehamilan seseorang wanita?

Linn, Johor

KONDOM adalah sejenis sarung nipis yang disarungkan pada zakar. Ia diperbuat daripada lateks (susu getah), plastik atau tisu binatang seperti usus kambing.

Kondom boleh didapati dalam pelbagai jenis seperti tanpa pelincir, mengandungi pelincir dengan silikon atau pelincir pembunuh sperma, berwarna, berbedak dan mempunyai pelbagai perisa. Ia juga mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Oleh itu, ia mempunyai pelbagai bau.

Kondom berbedak biasanya terdiri daripada tepung jagung dan tidak merosakkan faraj wanita. Kegunaan kondom selalunya tidak menimbulkan kesan sampingan kecuali hanya kepada segelintir wanita, yang mana lima hingga tujuh peratus mungkin alah kepada lateks.

Golongan berkenaan boleh menggunakan kondom plastik atau kondom yang diperbuat daripada usus kambing. Kondom lateks sama ada berbedak atau tidak jika digunakan dengan betul selain mencegah kehamilan, ia dapat mengurangkan risiko penyakit kelamin seperti herpes, sifilis, gonorea, klamidia, hepatitis dan HIV.

Kondom juga dapat mengurangkan risiko kanser serviks dan penyakit radang pelvik. Tiada kajian yang kukuh buat masa ini yang menunjukkan kondom yang diperbuat daripada plastik atau usus kambing dapat mencegah penyakit kelamin.

Untuk meningkatkan keberkesanan kondom, ia mesti disarungkan sebelum sebarang hubungan kelamin. Sentiasa gunakan kondom baru. Hanya pelincir cecair seperti `KY Jelly’ atau `Summer’s Eve’ yang boleh digunakan bersama kondom lateks.

Pelincir jenis berminyak seperti `vaselin’ boleh melemahkan atau mengoyakkan kondom. Adalah penting untuk memastikan kondom tidak disimpan di tempat panas seperti dalam kereta kerana ia boleh mengakibatkan kondom mudah terkoyak.

Buka kondom dengan berhati-hati supaya tidak terkoyak oleh kuku, barang kemas atau gigi anda. Jangan cuba menguji kondom. Melipat atau menyimpan kondom semula boleh merosakkannya dan menyukarkan pemakaian kondom berkenaan.

Jika kondom digunakan dengan cara yang betul, peratus keberkesanan kondom untuk mencegah kehamilan ialah dari 95 hingga 97 peratus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • peratusan mengandung mengunakan kondom
  • kondom dan peratus keberkesananya
  • adakah kondom selamat
  • peratusan kehamilan jika menggunakan kondlm
  • adakah kondom selamat digunakan
  • peratusan hamil dengan kondom
  • sejauh mana keberkesanan kondom
  • peratus hamil mengguna kondom
  • peratusan mengandung jika menggunakan kondon
  • risiko mengandung guna kondom
  • peratus keberkesanan kondom
  • keberkesanan kondom
  • peratus hamil penggunaan kondom
  • risiko mengandung pakai kondom
  • peratus hamil menggunakan kondom