Kopi boleh mengaktifkan sperma

Spread the love

Selain daripada mencegah mengantuk, kandungan kafein dalam kopi juga boleh menpercepatkan gerak sperma.

Hasil penyelidikan menunjukkan kafein yang dititiskan ke sperma secara ein vitroi iaitu di luar tubuh, mampu mendorong dava gerak, kecepatan dan kemampuan penetrasi sperma.

Daripada sperma normal yang berjumlah lebih kurang 20 juta/ml, tidak semua mampu memancut laju ke sasaran ovium iaitu sel telur.

Hanya 50 peratus yang berhasil mencapai sasaran dengan kecepatan 40 mikrometer sesaat. Pada lelaki mandul, sperma tidak aktif yang berjumlah lebih daripada 50 peratus umumnya ‘tidur’, malas atau tidak berupaya untuk mencapai sasaran. Sperma yang lemah ini perlu dikejutkan supaya aktif kembali dan boleh berfungsi.

Dalam satu kajian yang dibuat, dengan menitiskan kafein sebanyak 6 milimolar pada cairan sperma secara langsung menjadikan sperma yang malas itu menjadi aktif. la meningkat daripada hanya 45.5 peratus kepada 59.5 peratus. Keaktifan juga bertambah.

Kecepatan naik dari 41.2 mikrometer sesaat menjadi 43.3 mikrometer sesaat. Sebelum kafein dititiskan, jumlah sperma yang mampu menembusi gel acrylmaide sejauh 4 sm hanya 41 peratus. Setelah kafein dititiskan meningkat menjadi 55.9 peratus.

Kecepatan gerak sperma dan juga kemampuan penetrasinya sangat penting dalam proses pembuahan. Walaupun dari kajian tersebut mengatakan kafein itu elok, tapi berpada-padalah dalam pengambilannya. Ini kerana kafein tidak elok untuk penghidap migrain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • minyak sperma
  • untuk mengaktifkan sperma