Lelaki yang pancut jauh dan pancut meleleh

Pernyataan di atas sebenarnya adalah satu konotasi yang mempunyai dua makna. Perkataan pancut jauh/shoot dan meleleh/dribble itu biasanya digunakan dalam permainan bolasepak.

Shoot bermakna menendang atau merejam bola ke gagang gol dan dribble sebagai menggelecek bola. Tetapi dalam konteks yang kita bincangkan di sini, shoot bermakna zakar yang berupaya memancarkan mani dengan satu pancutan deras, sementara dribble bererti keluar dalam keadaan meleleh.

Soalannya – kenapa ada orang boleh memancutkan maninya sedangkan yang lain hanya keluar meleleh saja. Apakah ada kelebihan atau fungsi tertentu jika kita dapat memancarkan mani dengan satu pancutan yang deras?

Keupayaan seorang lelaki untuk memancarkan mani dengan satu pancutan yang deras sememangnya memberi gambaran bahawa zakarnya masih gagah dan mampan. Pernyataan ini ada benarnya dan ada tidaknya.

Kekuatan pancutan daripada mani yang terpancar itu memang ada kaitan dengan ketegangan zakar seseorang itu tetapi banyaknya kandungan mani itu yang menentukan pancaran itu deras atau tidak.

Ini biasanya berlaku jika seseorang itu telah lama tidak melakukan aktiviti seks dan mani tersimpan dengan banyaknya di dalam kantung mani sehingga ia penuh. Akhirnya setelah sekian lama menunggu, semestinya ia terpancar dengan deras dan banyak sekali.

Begitu pula sebalik jika seseorang itu secara kerap melakukan seks sehingga kantung maninya belum sempat diisi semula dengan memadai, maka sudah pasti ia akan keluar meleleh disebabkan kuantitinya yang sedikit.

Logiknya, bolehlah kita umpamakannya dengan belon yang diisi penuh dengan air, jika ditebuk belon itu dengan jarum, sudah pasti air akan terpancut keluar dengan deras. Manakala belon yang berisi sedikit air, hanya akan melelehkan setakat mana air yang terdapat dalam belon tersebut.

Faktor umur banyak mempengaruhi deras atau tidaknya pancaran mani seseorang, lebih berusia seseorang itu maka kuranglah pancarannya.

Selain kekerasan zakar, faktor baka (genetik) juga berperanan. Ada orang boleh menembak sejauh 3 kaki atau lebih, tetapi secara purata cuma 7-10 inci. Jika seseorang itu berupaya memancarkan maninya 2-3 jam selepas pancaran yang pertama, mani tersebut hanya keluar meleleh (dribbles out).

Kandungan Mani

Banyaknya kandungan mani yang keluar daripada setiap pancaran juga berbeza antara setiap orang. Secara purata ia sebanyak 0.2 – 6.6 ml. Biasanya 3.5 ml., itu pun jika seseorang itu dapat mengawal dirinya agar tidak mengeluarkan maninya dalam masa beberapa hari. Rekod paling banyak kuantiti mani yang terpancar dalam satu sesi seks ialah 13 ml. Rekod ini tercatit dalam buku The Man’s Body.

Kira-kira 60% daripada kandungan mani (secara purata) datangnya dari satu kelenjar yang diberi nama vesikel seminal, sementara 38% lagi daripada kelenjar prostat, dan selebihnya dari kelenjar cowper. Bau busuk dan hanyir mani itu datangnya dari kelenjar prostat.

Kekerapan Pancaran

Menurut kebanyakan kajian yang dibuat, seorang lelaki boleh memancarkan mani sekali setiap hari, dan ada ketikanya lebih dari sekali dalam sehari.

Berdasarkan umur, kekerapan ini akan berkurangan kepada 2-3 kali seminggu. Perkara ini adalah biasa bagi lelaki yang berumur 40 tahun ke atas. Tetapi masih ada perbedaan dari segi kekerapan di antara jenis-jenis lelaki dalam lingkungan umur tertentu.

Biasanya selepas terpancarnya mani, seseorang lelaki tidak ingin menyambung semula aktiviti seksnya. Pada waktu ini tahap testosteron dalam darah turun ke tahap terendah, menyebabkan keinginan seks berkurang.

Secara fizikal, dalam tempoh 10 minit sehingga sejam bagi sesetengah lelaki, zakar mereka tidak akan cenderong lagi untuk bangun. Masa ini dinamakan sebagai waktu rehat atau refractory period.

Dalam sesetengah keadaan, ada lelaki yang boleh mencapai orgasma tanpa pancutan mani. Bermakna dia tidak mempunyai apa yang disebut sebagai refractory period dan dia boleh menyambung semula sesi seksnya tanpa zakarnya mengecut atau merasa letih.

Bagaimanapun perkara ini jarang berlaku kecuali oleh mereka yang dapat menguasai ilmu merangkap mani sepertimana yang dipelajari di dalam ilmu seksologi Toaist.

Bagaimanapun terdapat juga mereka yang boleh memancarkan maninya berserta dengan orgasma lebih dari sekali dalam satu sesi seks. Perkara ini jarang berlaku. Ia dikenali sebagai multi-orgasm dan orang yang berupaya melakukan seks berulangkali dalam satu sesi ini digelar multi-orgasmic man.

Bagaimanapun biasanya selepas 4 atau 5 kali mencapai orgasma, zakar orang ini tidak akan mengeluarkan mani lagi, sebab kelenjar seksnya sudah kosong.

Antara orang yang pernah disebut boleh melakukan perkara ini ialah pelakon Hollywood terkenal Warren Beatty. Dia dikatakan seorang yang handal dalam permainan pedang/zakar (great swordsmanship) selain boleh mencapai orgasma sebanyak 4 kali.

Hugh Hefner, pengasas dan pemilik majalah dan kelab seks terkemuka, Playboy, seorang lagi selebriti yang dikatakan boleh melakukan hubungan seks dengan 4 orang bunny dalam satu malam.

Seorang lagi yang lebih ternama ialah Giacomo Casanova (1725 – 1798), seorang penulis dan pengembara seks Itali. Terkenal dengan nama “Monsieur Sixfois” atau Mr. Six-times, Casanova dikatakan boleh mencapai 6 kali orgasma dalam satu sesi seks.

Satu lagi keanehan yang pernah laporkan baru-baru ini ialah daripada satu kajian yang dilakukan di Rutgers University, Amerika Syarikat. Menurut kajian tersebut, seorang lelaki berumur 35 tahun, Richard Brent telah berupaya mencapai 6 kali orgasma dalam masa 36 minit.

Bagaimanapun, rekod yang pernah dicatat oleh The Kinsey Report ialah daripada seorang Negro berumur 39 tahun yang boleh mencapai orgasma sebanyak 9 kali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...