Syarat utama menuju kebahagian perkahwinan ialah melalui mencapai potensi seksual atau kemampuan seks yang didambakan. Ia merupakan syarat paling utama.
Kemampuan seks seorang suami memegang peranan penting dalam usaha membina kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga.
Sebaliknya kehancuran rumahtangga yang disebabkan kerana tiadanya potensi seksual suami berpunca setelah adanya perjuangan yang memberikan hak dan peranan yang sama pada wanita dalam bidang seks.
Mati pucuk adalah cacat seks yang mengakibatkan seseorang tidak mempunyai keupayaan untuk bersetubuh. Mati pucuk ini merupakan kecacatan yang serius iaitu boleh menghancurkan perkahwinan kerana pasangan tidak dapat menghasilkan keturunan.
Orang lelaki yang tidak mampu melaksanakan persetubuhan disebut impoten apabila batang zakarnya lembik. Kalau dalam bahasa Arab disebut “Unnah” atau dalam bahasa kita sebagai “mati pucuk” pada batang zakarnya.
Hendaklah dibezakan antara impoten dan lemah zakar.
Impoten adalah orang yang tidak mampu melakukan persetubuhan di mana batang zakarnya lemah, tidak boleh berdiri. Tetapi ia tetap mempunyai nafsu berahi yang amat besar. Sedang orang yang lemah zakar adalah orang yang mempunyai potensi seksual namun ia dingin sekali nafsunya untuk berhubung kelamin.
Dalam hal ini terdapat tingkat kemampuan seks, iaitu ada orang yang potensi seksualnya sederhana sahaja. Ada yang potensi seksual sangat besar dan ada pula yang sangat dingin.
Impotensi dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
Mati pucuk
Mati pucuk organik disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam badan ataukerana gangguan jasmaniah.
Lemah Zakar
Lemah zakar bererti tiadanya kesanggupan melakukan seks akibat gangguan mental.
Sebab-sebab mati pucuk organik antara lain adalah disebabkan berikut:
Setiap penyakit yang mempengaruhi bahagian kelamin seperti radang pada bahagian kelamin internal, kelenjar prostat yang lembik dan membengkak, bahagian vesicula seminalis di mana terdapat semen disimpan, tumor
Penyalahgunaan ubat-ubatan, alkohol, bius dan nikotin rokok dan sejenisnya Menyebabkan merosotnya daya seks.
Tekanan darah yang rendah dan penyakit kencing manis, boleh menjadikan seseorang mati pucuk.
Gaya hidup seseorang yang tidak sihat sejak lahir walaupun ini jarang berlaku adalah sebab terjadinya mati pucuk organik.
Umur tua juga akan mempengaruhi kemampuan untuk melakukan hubungan kelamin sama ada boleh atau tidak.
Kebiasaan masturbasi (melancap) ie. Memuaskan nafsu seks dengan tangan akan menyebabkan mati pucuk.
Keletihan yang berlarutan juga menyebabkan mati pucuk.
Coitus interuptus atau persetubuhan terputus boleh menyebabkan seseorang mati pucuk. Cara ini menimbulkan radang pada
vesikula seminalls.Kesihatan yang terganggu berpunca dari penyakit-penyakit yang berkaitan dengan darah, jantung atau ginjal pun boleh mengurangi dorongan seks yang akhirnya berubah menjadi mati pucuk.
Lemah zakar disebabkan oleh:
1. Takut kalau isteri hamil merupakan sebab yang menyebabkan impotensi.
2. Orang yang bersetubuh dengan disertai rasa takut mendapat anak akan menyebabkan daya ereksi menjadi lemah.
3. Rasa jijik dari salah satu pihak boleh melenyapkan dorongan seksual suami.
4. Mengalami tekanan hidup seperti rugi dalam perniagaan, tekanan dan kegelisahamengenai pekerjaan mengganggu daya keinginan seks.
5. Rasa takut, muak dan bimbang dapat menurunkan daya keinginan seks.
Pada dasarnya gangguan mental adalah punca berlakunya lemah zakar.Lelaki yang lemah zakar alat kelaminnya kelihatan normal.
Tetapi tetapi batang penisnya tidak dapat bereksi sehingga tidak dapat menembus di dalam liang faraj waktu bersetubuh. Hal ini seterusnya boleh mengakibatkan gangguan jiwa.
Mati pucuk dan lemah zakar adalah dikategorikan sebagai suatu penyakit. Maka hendaklah berusaha menyembuhkannya. Usaha penyembuhan merupakan langkah yang baik. Dengan dapat mengatasi mati pucuk dan lemah zakar bayangan kelam yang selama ini menghantui setiap pasangan suami-isteri akan bertukar menjadi sinar cerah.
Usaha menyembuhkan mati pucuk lebih mudah diatasi daripada lemah zakar. Usaha penyembuhannya mesti dilakukan secepat mungkin sebelum boleh mencapai tahap kronik. Ilmu kedoktoran menemui cara-cara yang sangat efektif untuk menyembuhkan mati pucuk ini. Di antara cara-caranya ialah melakukan pembedahan, menyuntik hormon kelamin lelaki yang sudah dimurnikan dan merawat menggunakan ubat-ubatan tradisional.
Pendek kata berkat kemajuan ilmu kedoktoran masa kini, masalah mati pucuk sudah dapat dikenalpasti dan diberi diagnosis untuk diatasi.
Jadi kita usah berputus-asa bila dapat penyakit asal berikhtiar secepat mungkin dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Cara mengatasi lemah zakar antara lain dengan melakukan penyelidikan latar belakang sejarah seseorang dari awal sehingga mendapat dari lemah zakar. Pekerjaan seperti ini harus ditangani oleh seorang ilmu kejiwaan Dan ini bererti penyelidikan dilakukan ke atas latar belakang kejiwaan pesakit itu.
Setelah melalui analisa yang mendalam ini dan diketemukan sebab-musababnya sesorang menjadi lemah zakar (iaitu ketakutan, atau kurang adanya kepercayaan akan kebolehan seseorang melakukan seks atau rasa muak terhadap perilaku isteri terhadap dirinya dan lain-lain lagi) sikap keterbukaan suami-isteri di dalam usaha menyembuhkan lemah zakar di hadapan doktor yang memeriksanya adalah perlu sekali.
Jangan sekali-kali menyembunyikan masalah-masalah yang dirasakan mengaibkan daripada doktor pakar jiwa. Terangkan satu persatu masalah yang dihadapi.
Lemah zakar memerlukan usaha yang sabar dan lama. Tetapi usaha itu lebih cepat berhasil jika ada bantuan dari pihak isteri yang menjadi teman suami dalam hubungan kelamin. Dorongan isteri, kehalusan budinya, kesabarannya akan mempercepatkan proses pemulihan lemah zakar suaminya.