Masalah ketulan di kelenjar

Spread the love

AYA mengalami masalah ketulan di kelenjar atau dipanggil batu yang biasanya ada dua tetapi kini menjadi tiga. Masalah ini bukan baru, malah sejak kecil saya mengalaminya. Bagaimanapun, dulu ia sekecil biji guli tetapi kini semakin membesar seperti sebiji bola golf. Adakah ia kanser dan berbahaya terhadap kesihatan saya? Ia tidak rasa sakit kecuali ketika dipegang.

DZULL

Semenyih, Selangor

Dalam kantung atau kerandut buah zakar ada sepasang buah zakar. Kedudukan buah zakar tidak seimbang dan ini bukan masalah. Adakalanya ada ketulan atau benjolan dalam kerandut dan membuatkan kerandut lebih labuh atau bergayut.

Benjolan atau ketulan ini mungkin sebahagian daripada struktur buah zakar seperti cista pundi epididimis atau selaput pembalut buah zakar yang mengandungi cecair dikenali sebagai ‘air pasang atau ‘hidrosel’.

Ketulan atau benjolan itu mungkin daripada struktur lain seperti ketulan usus yang termasuk ke dalam kerandut melalui ruang antara kerandut dan perut dan ia dikenali sebagai hernia atau angin pasang.

Jadi anda boleh menggambarkan keadaan itu. Kadangkala ketulan itu ialah campuran cista epididimis dan air pasang misalnya atau ketulan lain. Cara terbaik ialah menjalani pemeriksaan doktor.

Jika doktor itu kurang pasti, dia boleh rujuk anda kepada pakar atau mengaturkan ujian imbasan untuk mengenal pasti ketulan atau benjolan itu. Jika kebetulan menghidapi penyakit hernia, anda perlu menjalani pembedahan pemulihan.

Jika ketulan itu cista epididimis, anda tidak perlu buat apa-apa namun jika ia air pasang atau hidrosel, anda perlu menjalani pembedahan untuk memulihkan keadaan.

Apa jua masalah anda, ia harus dirujuk kepada doktor pakar segera. Jangan sesekali berjumpa tukang urut atau bomoh. Jika ketulan itu dipicit atau diurut, masalah anda mungkin menjadi lebih berat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • ketulan urat buah zakar
  • sakit pada ketulan cista buah zakar
  • ketulan cista