Mudah penat semasa bersama jika malas bersenam

Spread the love

SAYA lelaki yang jarang bersenam atau bersukan dan stamina saya sangat rendah, cepat penat dan termengah-mengah. Begitu juga dengan aktiviti seks, saya cepat penat, malah saya menghadapi masalah ejakulasi pramatang. Adakah masalah itu berkait rapat dengan stamina seseorang dan bolehkah ia diatasi dengan selalu bersenam?

INGIN TAHU,
Kuantan, Pahang

Aktiviti seks sememangnya memerlukan tenaga dan stamina. Malah, jika dibandingkan dengan pekerjaan dan aktiviti fizikal ringan, aktiviti seks memerlukan tenaga yang banyak dan daya fizikal yang kuat.

Jika individu itu lemah, letih dan lesu, tentu dia tidak dapat melakukan hubungan seks secara sempurna, tidak kira sama ada lelaki atau wanita.

Memandangkan anda mengaku cepat letih dan lesu dan tidak selalu melakukan senaman, tidak hairan jika anda mengeluh ketika hendak melakukan seks walaupun ada tarikan atau rangsangan.

Sebilangan individu jarang melakukan hubungan seks kerana mendapati mereka mudah letih selepas melakukannya sehingga mengganggu aktiviti harian.

Mereka golongan macam anda – malas bersenam dan tiada daya fizikal yang kuat. Mereka juga mudah mengalah iaitu cepat klimaks dan membuatkan pasangan hampa serta sering memberi alasan penat.

Golongan ini, apabila mula aktif dalam sukan dan rajin melakukan senaman, akan dapati hubungan seksual sangat memberangsangkan mereka dan mampu melakukannya untuk beberapa kali dan ada daya.

Jika terpancut atau klimaks awal, mereka masih mampu mengekalkan ereksi dan melakukan tusukan sehingga pasangan mereka puas. Cepat klimaks yang berlaku kepada mereka bukan kerana kurang tenaga, cuma tidak dapat kawal perasaan geli pada hujung anggota sulit.

Bagi masalah anda, saya tidak pasti sama ada anda cepat klimaks akibat kurang tenaga dan stamina. Cuba sempurnakan kembali daya fizikal dan stamina dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta melakukan senaman berkala.

Jika anda masih cepat klimaks tetapi dapat mengekalkan ereksi, mungkin juga cepat klimaks kerana penghujung zakar terlalu sensitif. Jika gagal juga, sila jumpa doktor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...