Pam vakum boleh ubah saiz zakar

Spread the love

ADAKAH pil dan ubat pembesaran zakar memberikan kesan yang dikehendaki seperti yang banyak diiklankan dalam laman web?

CHRIS,
Teluk Bahang, Pulau Pinang

SAIZ dan bentuk zakar lelaki berbeza mengikut individu. Ia mempunyai kaitan dengan keturunan, baka dan bangsa. Bagi lelaki yang memiliki saiz zakar yang kecil, ia selalu memberi tekanan kepadanya, lebih-lebih lagi apabila dia mula berfikir mengenai perkahwinan kerana bimbang pasangannya tidak puas apabila mereka melakukan persetubuhan.

Apabila ini berlaku, mereka mula mencari ubat atau kaedah yang boleh membesarkan zakar. Akibatnya, muncul agensi atau orang perseorangan yang menjual ubat atau rawatan urutan yang kononnya dapat membantu memantap dan membesarkan zakar.

Mengikut kajian yang dilakukan Persatuan Disfungsi Seksual dan Impotensi Antarabangsa, ada lebih 40 iklan yang kebanyakannya memaparkan kaedah pembesaran zakar menerusi pam vakum, pil dan senaman. Kebanyakannya tidak memberi manafaat kepada pengamalnya terutama jika menggunakan rawatan herba.

Penggunaan pam vakum boleh memberi perubahan kepada saiz zakar, tetapi ia tidak bertahan jika penggunaannya tidak berterusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...