Peyronie – penyakit zakar bengkok

Spread the love

SAYA lelaki berumur 21 tahun dan menghidap penyakit zakar bengkok iaitu Peyronie. Saya dapat tahu ada kaedah selamat dan lebih berkesan untuk memperbetulkan kembali zakar yang bengkok iaitu menggunakan Andro-Extender.

Masalahnya, saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan alat ini dengan mudah. Adakah ia boleh didapati di farmasi tertentu?

KAHIRI
Kuala Lumpur

Isu saiz dan bentuk anggota kelamin lelaki jelas mendapat tumpuan memandangkan banyak soalan mengenainya. Tidak hairan jika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memperakui isu ini perlu dikendalikan dengan sempurna.

Masalah sebenar mengenai saiz dan bentuk anggota kelamin lelaki hanya dapat ditentukan doktor atau pakar dan bukan sekadar melihat gambar dan mengagak.

Banyak kes Peyronie iaitu istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan zakar bengkok ketara akibat parutan keras di bahagian zakar, disalahtaksirkan.

Sebahagian besar kes bukan Peyronie tetapi bengkok atau ‘bending’ terjadi secara semula jadi yang hanya kelihatan apabila zakar menegang.

Mungkin perubahan ini berlaku akibat ‘parking’ zakar ke satu posisi seluar dalam atau secara kebetulan otot lantai pelvis yang menjadi benteng zakar bahagian kanan lebih aktif, oleh itu ketika menegang, zakar membengkok sedikit ke kanan.

Saya cadangkan anda berjumpa doktor terlebih dulu sebelum membeli peralatan mahal itu. Anda mungkin tidak perlu menggunakannya.

Anda boleh dapat banyak maklumat daripada laman www.andromedical.com mengenai alat terbabit, selain pendapat pakar tempatan.

Mengikut akta perubatan, memberi nama doktor atau nama hospital adalah salah dan mereka yang melakukannya boleh didakwa. Jika mahu berjumpa saya, anda boleh dapat maklumat dengan mudah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • peyronie dengan minyak lintah