Priapism

Spread the love

Priapism (atau mapuh kerah dalam loghat Kelantan) ialah satu tindak balas fisiologi ke atas zakar akibat ubat atau racun. Ia boleh juga terjadi akibat penyakit pendarahan seperti kanser darah (leukimia).

Tindak balas spontan ini akan enyebabkan zakar menjadi kejang (menegang dan mengeras) buat satu masa yang lama (beberapa jam sehingga beberapa hari).

Kekejangan ini bukan akibat rangsangan seksual dan ia menyakitkan. Jika tidak diberi rawatan dengan segera kemungkinan pesakit akan mengalami akibat yang buruk kepada zakar antaranya mati pucuk.

Apa yang berlaku ialah darah dengan banyak mengalir ke dalam zakar menyebabkan zakar mengeras pada tahap maksima. Darah itu kemudiannya tersekat daripada mengalir keluar sehingga menyebabkan darah itu menjadi asid.

Akibatnya tiada tempat bagi oksijen dan tanpa oksijen sel darah merah menjadi keras dan beku. Apabila darah tidak berupaya keluar sebab pintu-pintu pembuluh darah sudah tersekat, kekejangan pada zakar atau priapism terjadi.

Dalam kategori perubatan (drug), terdapat dua sebab terjadinya priapism. Pertama ialah kesan injeksi ubat seperti prostaglandin atau muse ke dalam zakar yang digunakan pesakit mati pucuk.

Bagaimanapun perkara ini hanya akan berlaku jika dengan sebab tertentu seseorang pesakit itu membuat keputusannya sendiri untuk menambahkan dos pada rawatan tersebut. Kedua ialah kesan alahan ubat yang diberi kepada pesakit psikiatri, seperti ubat anti-depressan (prozac).

Tiada cara mudah atau rawatan secara tepat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Sebaiknya jika perkara ini berlaku hendaklah membawa pesakit ke hospital dengan segera.

Dalam banyak kes, rawatannya ialah dengan segera mengeluarkan darah dengan menyucuk jarum pada tepi batang zakar. Ubat bagi mengecutkan saluran darah boleh juga disuntik ke dalam zakar untuk mengurangkan kepadatan darah dalam zakar. Pesakit anemia sell-sabit yang mendapat priapism biasanya akan dirawat dengan kaedah transfusi darah.

Menariknya, kondisi ini dinamai daripada nama dewa Priapus, dewa kesuburan Greek dan dewa seksualiti kelakian Rom Purba.

Kisah benar mengenai Priapism:

Dalam tahun 1758 seorang doktor bernama Chauvel dipanggil ke satu pekan kecil, Caderousse (Peranchis), untuk merawat seorang lelaki yang mengalami penyakit mapuh kerah ini (priapism). Di rumah lelaki tersebut, doktor itu menemui isteri mangsa yang mengadu bahawa suaminya telah naik sawan seks.

Wanita itu juga menceritakan bagaimana suaminya telah menyetubuhinya sebanyak 40 kali dalam satu malam dan zakarnya masih tidak layu. Wanita itu kemudiannya menunjukkan zakar suaminya kepada doktor tersebut dengan harapan dia dapat meredakan ketegangan (zakar) suaminya.

Masalah lelaki itu sebenarnya berpunca dari satu ubat cecair yang diberi oleh seorang wanita untuk mengubati penyakit demam panas yang dihidapinya. Wanita ini menjalankan satu klinik khas untuk mengubati penyakit-penyakit ringan dan ubat itu mungkin diberi secara tidak sengaja.

Setelah meminum ubat tersebut, lelaki itu naik sawan sehingga orang ramai terpaksa menangkap dan mengikatnya. Bomoh kampung pun ada datang untuk merawatnya tetapi lelaki itu merayu dan meminta agar dia dibiarkan mati dalam keseronokkan.

Akhirnya setelah Dr. Chauvel sendiri sudah habis ikhtiar, dia menyuruh beberapa orang wanita menyelimutinya dengan kain yang dibasahi air dan cuka dan membiarnya sehingga keesokannya.

Keesokannya apabila mereka datang untuk memeriksanya, dijumpainya dalam keadaan senyap, seolah-olah dia sudah sembuh.

Setelah diperiksa dia sebenarnya sudah menjadi mayat dan di dalam mulutnya dijumpai zakarnya yang sudah layu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...