Saiz dan bentuk anggota kelamin lelaki bukan isu

ISU mengenai saiz dan bentuk anggota kelamin lelaki dan wanita adalah isu kesihatan seksual yang penting bagi manusia. Namun, masalah ini janggal dibicarakan dan ia membuatkan isu ini menjadi seperti sesuatu yang tidak penting.

Mereka yang mengalami masalah ini tidak tahu jalan penyelesaiannya. Oleh itu, mereka mencari jalan luar iaitu mendapat rawatan atau penawar daripada tabib, tukang urut dan bomoh tidak bertauliah yang akhirnya memberi kesan buruk kepada individu itu.

Namun, cara baik dan selamat untuk lelaki dan wanita yang mengalami masalah saiz dan bentuk anggota kelamin yang ‘bermasalah’ ialah mengetahui fungsi anggota kelamin serta memahami masalah sebenar yang mereka alami supaya mengetahui jalan penyelesaiannya.

Golongan isteri yang satu ketika mampu mencapai klimaks dengan pasangan tetapi mula tidak puas atau tidak mendapat nikmat seks seperti dulu selepas melahirkan anak, mungkin mempunyai masalah seperti otot faraj dan lantai faraj kurang langsing. Ia membuatkan mereka tidak mendapat sentuhan atau ‘sentalan’ yang mengghairahkan.

Suami pula yang satu ketika dulu mempunyai ereksi padat dan mantap, kini mengalami masalah sukar mendapatkan ereksi seperti itu. Ini membuatkan hubungan kelamin suami isteri menjadi kurang mantap dan tidak sehebat dulu.

Masalah ini bukan disebabkan zakar suami kecil dan sebagainya. Bagaimanapun, isu ini seharusnya perlu mendapat rujukan doktor dan jika benar zakar suami kecil, ada cara untuk menyelesaikannya.

Begitupun, semua cara yang ada ialah melalui rawatan dan penawar moden dan profesional dan bukan daripada rawatan tradisional yang tidak diketahui kesahihannya. Lagipun, kebanyakan ubat dijual di luar sana sebenarnya sering membawa padah kepada si pengguna.

Di sini saya senaraikan beberapa maklumat bagi lelaki dan wanita mengenali anggota kelamin mereka.

Kajian mengatakan wanita lebih memilih teknik permainan daripada saiz zakar. Kajian juga menunjukkan kebanyakan wanita lebih memilih keluasan ereksi daripada ukuran panjang dan semua wanita memilih ereksi yang padat!

Fakta mengenai saiz zakar: Sememangnya saiz zakar akan mengikut baka dan kajian beberapa pakar andrologis (pakar sakit tuan) mengenai saiz zakar mendapati faktor keturunan tiada kaitan dengan saiz zakar kerana ada lelaki Asia mempunyai zakar besar seperti lelaki Afrika atau berketurunan Arab.
Pendapat mengenai zakar lelaki berumur mengecut adalah tidak betul.

Amalan onani tidak memberi kesan kepada saiz zakar dan tidak pula membantutkannya. Ketinggian seseorang lelaki tidak menjadi pengukur kepada saiz zakarnya. Pendapat bahawa zakar besar dapat memuaskan pasangan juga tidak tepat kerana hanya lapan sentimeter (cm) corong faraj wanita sensitif kepada sentuhan.

Zakar besar dan melebihi 10 cm akan menyentuh pangkal rahim dan jika lebih daripada itu ia akan menyakitkan pangkal rahim wanita. Pendapat bahawa zakar besar adalah lambang kelelakian seorang lelaki juga tidak tepat kerana antara saiz zakar dan kewibawaan serta akhlak lelaki, wanita memilih kewibawaan dan akhlaknya.

Ketika ereksi, zakar berukuran antara 12-14 cm dan jarang lebih daripada itu. Jika zakar yang tidak menegang dan kelihatan kecil ditarik dan ukuran lebih 10 cm, ia adalah normal. Jika kurang daripada 10 cm, lelaki itu mempunyai zakar kecil atau ‘micropenis’.

Mengenai faraj: Tiada istilah faraj besar kecuali ia longgar sedikit apabila otot corong faraj longgar. Otot faraj boleh dilangsingkan melalui senaman kemut atau senaman Kegel. Oleh kerana faraj terselindung di dalam, banyak wanita tidak peka mengenai strukturnya. Ia boleh memanjang dan meluas serta mengikut saiz zakar pasangan.

Selepas melahirkan anak, ia kurang langsing dan perlu diperkukuhkan melalui senaman kemut. Kini ada pelbagai peralatan yang dapat membantu wanita mengecilkan corong faraj, sekali gus membantu meningkatkan keyakinan diri dalam isu kepuasan seks bersama suami.

Saya berharap, maklumat di atas dapat dikongsi oleh pasangan suami isteri yang sering mengalami masalah saiz dan tidak puas ketika mengadakan hubungan kelamin. Jika masalah sama masih berlaku, dapatkan nasihat pakar demi menjaga keharmonian rumah tangga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...