Seorang doktor di sebuah hospital persendirian berasa bingung kerana seorang pesakitnya sudah berulangkali datang untuk mendapatkan rawatan bagi masalah yang sama, iaitu masalah lelah. Biarpun telah diberikan pelbagai jenis ubat dan terapi, keadaan si pesakit tetap sama.
Suatu hari si pesakit telah melakukan hubungan intim dengan pasangannya dan mencapai orgasme. Sama ada anda mahu percaya atau tidak, penyakit lelah yang dideritai terus hilang dan tidak pernah berulang lagi.
Contoh di atas hanyalah satu daripada sekian banyak manfaat seks kepada kesihatan. Hubungan seks yang menyenangkan itu menyihatkan memang sudah ramai yang tahu, tetapi tahukah anda bahawa hubungan intim juga boleh menyembuhkan penyakit?
Misalnya melancarkan peredaran darah, membaiki fungsi buah pinggang, menghilangkan ketegangan, melangsingkan tubuh badan, menguatkan otot-otot paha dan banyak lagi.