Suami malu zakar kecil

Spread the love

SAYA mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu. Tahun ini saya berusia 30 tahun, isteri 36 tahun dan kami ada tiga cahaya mata berusia tujuh, lima dan tiga tahun.

Isteri sering memperkecilkan kemampuan seks saya. Dia selalu mengatakan zakar saya kecil dan saya tidak mampu bertahan lama. Sehingga kini dia sering mengatakan tidak puas melakukan hubungan kelamin dengan saya.

Apa yang harus saya lakukan untuk memperbetulkan ‘keadaan’ itu?

NIZAM

Nilai, Negeri Sembilan

Masalah seksual adalah masalah pasangan walaupun hanya seorang mengalaminya. Ia timbul sebagai masalah apabila kehendak dan keinginan pasangannya tidak tercapai.

Soalnya ialah sama ada kehendak itu melebihi batasan kemampuan pasangannya yang dianggap bermasalah. Jika ya, pasangan yang tercabar perlu berusaha atau mencari jalan untuk mengatasi masalah itu.

Tanpa maklum balas daripada pasangan yang mencabar, tentu pasangan yang tercabar tidak tahu setakat mana dia perlu tingkatkan usahanya untuk menyahut cabaran pasangannya.

Lagipun, pasangan yang mencabar itu sama ada dia adil dalam cabarannya iaitu kehendaknya memadai atau luar biasa dan tidak ‘normal’, oleh itu cara terbaik ialah pasangan itu berjumpa pakar atau kaunselor untuk bimbingan.

Isu zakar kecil dan soal bertahan lama yang anda ketengahkan dan dipertikaikan oleh pasangan bukanlah masalah besar. Mungkin anda dilahirkan dengan zakar sebegitu dan tidak menyangka saiznya kecil.

Mungkin anda mempunyai saiz zakar yang biasa untuk lelaki Melayu, Asia atau sebaliknya. Zakar sebegini biasa kelihatan kecil bila tidak beraksi, namun membesar ketika teruja secara seksual.

Zakar berukuran enam sentimeter (cm) ketika ereksi masih mampu disalurkan ke dalam faraj dan merangsang wanita kerana bahagian yang merangsangkan terletak di bahagian permulaan (1/3 pangkal faraj) salur reproduktif, bahagian vulva yang banyak mengandungi urat saraf (seperti klitoris dan bahagian pertemuan bibir kecil di atas).

Sudah tentu ereksi melebihi enam cm mencukupi! Namun, sesetengah wanita rasa lebih teruja jika bahagian ‘dalamannya’ tersentuh.

Jika ini yang dipertikaikan, ia boleh diselesaikan secara baik dengan penggunaan alat zakar palsu yang sesuai atau dengan lelaki itu menjalani kaedah rawatan untuk membesarkan zakarnya!

Ini membabitkan kos pembedahan tinggi dan jika menggunakan alat ‘penis extension’, ia memerlukan rujukan pakar berkenaan dan penggunaan alat tulen (bukan ciplak yang dipaparkan dalam Internet!) yang sesuai untuk jangka masa tertentu (antara empat hingga enam bulan).

Mengenai isu ‘bertahan lama’, saya ingin bertanya berapa lamakah anda bertahan? Mengikut kajian, jika ejakulasi berlaku kurang seminit daripada peringkat penembusan faraj hingga ke peringkat ejakulasi, keadaan ini dikenali sebagai cepat klimaks.

Jika lebih seminit, itu normal! Kini ada pelbagai kaedah rawatan untuk menyelesaikan perkara itu. Jika ereksi kurang mantap yang juga boleh menyebabkan ereksi kurang daya, ubat pelancar darah dapat membantu.

Dalam keadaan ini, ereksi masih kekal dan dapat bertahan walaupun selepas ejakulasi. Selain itu, ada pilihan lain dengan penggunaan alat penambat zakar yang sesuai dan ubat-ubatan yang memang dirumuskan untuk membantu meningkatkan daya kawalan ereksi dan ejakulasi. Semua ini boleh dicuba untuk kebaikan bersama.

Namun, bagaimana pula dengan pasangan anda? Dapatkah dia meringankan bebanan suami, membantu suami dengan cara yang boleh meningkatkan keghairahannya dengan cara selain seks penetratif?

Sampai masanya untuk suami isteri saling membantu antara satu sama lain. Tuduh-menuduh dan ancam-mengancam bukan jalan terbaik. Pendekatan baik ialah bermuafakat dan sama-sama menangani masalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • zakar kecil malu
  • forum zakar suami kecil
  • forum zakar suami
  • malu zakar kecil
  • malu kerana zakar kecil
  • zakar suami saya kecik
  • suami kote kecil
  • malu dengan isteri zakar kecil
  • malu kerana zakar Kecil
  • suami malu batang kecil
  • suami konek kecil
  • masalah konek kecik
  • konek suami kecil
  • malu batang suami kecik
  • konek suami kecik
  • suami zakar kecil
  • kote suami kecil