Recent Posts

Posts Tagged ‘Lelaki’

Cara menahan air mani dari cepat pancut

Menurut kitab Tajul Muluk dan Rawd-at-Tirr, mengurut menggunakan minyak urut yang khas boleh membantu lelaki bertahan lebih lama ketika bersetubuh.

Caranya ialah dengan mengurut sehala dari pangkal zakar menghala ke hujung zakar, berulang-ulang kali.

Tempatkan ibu jari di bahagian atas batang zakar, jari tengah di bahagian bawahnya.

Lakukan urutan selama 2 minit atau 99-kali hitungan.

Latihan ini boleh dilakukan pada bila-bila waktu lapang, kecuali pada waktu Zohor dan Maghrib.

Urut untuk Memecahkan Lemak dan Angin pada batang Zakar

Semasa bangun dari tidur, selatkan pangkal batang zakar [ kawasan yang berhampiran dengan bumi zakar ] menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan atau tangan kiri.

Hujung jari-jari itu menekan ke bumi zakar sambil mengurut-urutnya ke atas dan ke bawa. Lakukan selama kira-kira 2 minit atau hitungan 99-kali.

Lakukan pada setiap pagi kerana amalan ini akan memecahkan lemak dan angin dari berkumpul pada pangkal zakar.

Ianya juga dapat mengelakkan dari berlakunya tersimpul urat buah zakar apabila usia meningkat tua.

Cara mengeraskan Zakar

Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskannya apabila mengurut.

Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jari tangan dan urut kelengkang ia itu antara dubur ke telur zakar [ seakan-akan Istibra selepas kencing ] .

Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Lakukan sebanyak 7 kali.

Ada juga amalan yang disertai dengan zikir-zikir tetentu, seperti contohnya wafaq berikut:

Ya Qadim
Ya Daim
Ya Ahad
Ya Wahid
Ya Samad
Ya Allah – Ya Allah – Ya Allah
Ya Qahar – Ya Qahar – Ya Qahar
Lailaha il’aLlah hu Wahidul Qahar

Kesan dari amalan ini akan dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan galak sekitar 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika cuaca sejuk supaya ligament dan urat-urat zakar berada pada tahap kecergasan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...