Recent Posts

Posts Tagged ‘Sakit Tuan’

Suami gemar jalan pintas sebab malu jumpa doktor sakit tuan

Kuala Lumpur: Ego, malu dan mengambil ringan masalah berkaitan alat kelamin menyebabkan majoriti lelaki di negara ini, terutama Melayu, enggan bertemu doktor atau pakar sakit tuan untuk mengatasinya, walaupun menyedari ia boleh menyebabkan rumah tangga berantakan sehingga ada yang bercerai-berai.

ubatkuatLebih mengejutkan, kini lebih ramai wanita membuat temu janji dengan pakar sakit tuan bagi pihak suami dan kalau ada pun lelaki bertemu doktor, kebanyakannya kerana dipaksa isteri.

Perkara ini didedahkan pakar sakit tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi dan Perunding Kanan Urologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Dr Zulkifli Md Zainuddin kepada Metro Ahad.

Memburukkan keadaan, si suami lebih gemar mencari jalan pintas dengan mengambil ubat kuat, termasuk produk tiruan, yang akhirnya membinasakan diri dan boleh membawa maut, terutama jika mengandungi bahan kimia terkawal sildenafil dan tadalafil yang hanya boleh digunakan dengan kelulusan doktor.

Foto
“Lebih 40 peratus lelaki di negara ini, termasuk seawal usia 20 tahun, didapati mengalami masalah berkaitan alat kelamin” Dr Ismail Mohd Tambi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...