Recent Posts

Posts Tagged ‘urut’

Remaja masalah alat kelamin kerana zakar senak

SAYA remaja berusia 22 tahun dan mempunyai beberapa masalah berkaitan alat kelamin saya.

Ketika bangun tidur, zakar tidak ereksi seperti biasa. Adakah itu normal atau saya mempunyai penyakit?

Ketika ingin melakukan hubungan seksual, zakar saya menegang tetapi lama-kelamaan ia menjadi lemah dan selepas melakukan hubungan kelamin, zakar saya seakan-akan sakit seperti membengkak.

Buah zakar saya terasa senak. Adakah saya akan mengalami mati pucuk? Saya juga kerap beronani dan pernah mengalami buasir.

REMAJA BINGUNG

Anggota kelamin lelaki dan wanita ialah organ untuk melakukan hubungan intim. Anggota terbabit mendapat seruan atau bertindak balas ketika lelaki dan wanita teruja atau terangsang seksual.

Apabila anggota itu dalam keadaan bersedia, iaitu zakar keras dan tegang manakala faraj renggang dan mukosa menghasilkan rembesan pelembap semula jadi, hubungan penetratif seksual boleh dilakukan. Selepas lelaki dan wanita mencapai kemuncak atau klimaks, kedua-dua anggota itu akan reda.

Jika mereka masih berhajat menyambung hubungan seks penetratif, ereksi kembali berlaku dan faraj bersedia menerima zakar.

Fungsi anggota kelamin dan tindak balas kepada rangsangan seksual turut dipengaruhi faktor kesihatan dan umur. Jika lelaki dan wanita muda, tindak balas lebih cepat dan aktif. Jika sudah berusia, tindak balas lebih lemah dan kurang bertenaga.

Jika hubungan jarang berlaku, fungsi anggota itu pula menjadi lembab. Selain itu masalah kesihatan seperti buasir turut melemahkan tahap kemutan jika ia menjadi radang dan menyakitkan. Jika masalah ini kronik, fungsi ereksi lemah dan tahap ketegangan tidak mantap.

Apabila masalah buasir sembuh dan pulih, keadaan menjadi pulih. Berbalik kepada situasi anda, anda masih muda dan tiada masalah fungsi ereksi. Anda boleh mencapai ereksi ketika mahukannya. Tidak semestinya jika tiada ereksi pagi, itu menjadi tanda mati pucuk.

Jika anda jarang mendapat ereksi pada waktu pagi tetapi mampu mencapai ereksi ketika beraksi dengan pasangan, itu perkara biasa. Jika tahap ereksi tidak kukuh, ini mungkin kerana penyakit buasir yang anda alami.

Tahap ereksi dapat ditingkatkan dengan mengemut. Anda tidak dapat melakukan kemutan padat kerana buasir. Apabila pulih dan anda mampu mengemut kuat, tahap ereksi akan padat semula.

Bengkak pada zakar selepas persetubuhan perkara biasa apabila hubungan penetratif dilakukan dengan rancak dan lama. Sama dengan anggota kelamin wanita. Rasa senak juga perkara biasa jika buah zakar tertekan atau terlanggar. Kadangkala selepas ejakulasi, ia akan sengal seketika dan normal.

Jika pembuluh darah buah zakar kembang, ia boleh mengakibatkan sengal. Jika rasa itu kerap dan berpanjangan, baik anda jalani pemeriksaan doktor.

Kenali lelaki

Lelaki! Mereka dianggap pelindung kepada wanita, tempat berkongsi segala keperitan dan penderitaan. Namun, mereka juga boleh berubah menjadi manusia yang paling kejam hingga sanggup merosakkan kaum wanita yang sepatutnya mereka lindungi itu!

Lelaki! Insan yang bernama lelaki ini amat sukar utk difahami. Terlalu kompleks sikap mereka, hingga memaksa seseorang wanita itu menyelami diri mereka sedalamnya untuk kenal siapa mereka yang sebenarnya. Namun begitu, lelaki di mata wanita tetap sebagai pasangan yang perlu dihormati dan disayangi selalu. Tempat mereka menumpang teduh�

Tidak dinafikan, antara topik paling hangat yang sering dibualkan apabila bersama teman-teman. Biasalah kan, sama seperti lelaki juga! Ermm..apa pula agaknya pandangan perempuan terhadap lelaki dan apa agaknya criteria yang sering dilabelkan oleh perempuan terhadap lelaki? Jom kita kupas sedikit demi sedikit dan sejauhmana kebenarannya�mungkin diri kamu sendiri yang boleh menilai sejaumana kebenaran akan tanggapan tersebut.

BEKERJA KERAS

Syabas! Mereka yang rajin berusaha untuk memantapkan lagi kerjaya mereka memang menjadi idaman dan kebanggaan wanita. Bukan apa, kerjaya adalah jaminan kehidupan yang lebih terjamin.

BIJAK

Perempuan tak suka teman lelaki mereka bodoh dan kurang pengetahuan! Malah mereka bangga jika ada teman yang memuji kebijaksanaan teman lelaki mereka. Siapa yang tidak bangga beb! Walaupun mereka sendiri kurang bijak tapi seboleh-bolehnya mereka ingin teman lelaki mereka lebih pandai daripada mereka sendiri!

BERSIFAT KELELAKIAN

Wow! Sebenarnya itu dianggap satu bonus lumayan bagi gadis yang punya teman lelaki yang �good looking� ni. Namun kebanyakan wanita, masih banyak cirri lain yang dititikberatkan. Buat apa sekadar wajah tampan tapi hodoh budi bahasa? Selalunya bagi seseorang gadis, paras rupa jatuh tangga kedua. Yang paling utama, seorang lelaki itu menyayangi dirinya sepenuh jiwa, dapat melindunginya serta mengambil berat.

SENSITIF

Memang sah! Mungkin lelaki kata kaum perempuan ni sensitif. Tapi jangan tak tahu, lelakipun tak kurang sensitifnya juga. Silap haribulan, kalah orang perempuan! Pantang tersentuh jiwa, mulalah muncung panjang sedepa.

EGO

Ishh! Ini antara perkataan yang paling menyakitkan untuk disebut. Lelaki sering dikaitkan dengan sikap ego. Kalau boleh, nak orang ikut telunjuk mereka saja. Tak nak langsung dengar nasihat dan pendapat orang lain. Sesekali apa salahnya denga pendapat orang lain. Tak semestinya apa yang dirasai betul itu memang tepat!

SUKA AMBIL MUDAH

Sikap inilah yang sering menimbulkan perselisihan faham dalam perhubungan. Bukan apa, orang perempuan ni gemar melakukan sesuatu perkara dengan teratur dan terancang. Tak suka perkara itu dibuat secara sambil lewa saja. Lelaki bersikap sebaliknya. Suka ambil mudah saja sehingga terlihat seolah-olah mereka itu tak peduli.

MANJA DAN SUKA DIBELAI

Alahai! Lelaki sering dikaitkan dengan sifat macho, kuat dan maskulin. Namun pada hakikatnya, lelaki juga ingin dimanja dan dibelai. Di sebalik tubuh gagah itu terselit sikap umpama kanak-kanak dalam jiwa mereka. Mereka gemar jika dibelai oleh orang yang mereka sayangi. Walaupun mungkin ramai yang cuba menafikan, tapi itu adalah hakikat!

BIJAK MENGURUSKAN KEHIDUPAN

Lelaki juga dikatakan lebih bijak menguruskan kehidupan berbanding dengan perempuan. Contohnya hal rumahtangga. Baru beberapa hari bercinta, dah siap perancangan untuk mendirikan rumahtangga nanti! Mungkin ini didorong oleh sifat mereka yang berpandangan jauh ke depan. Tak seperti perempuan.

PERAHSIA

Siapa cakap senang nak korek rahsia lelaki? Susah beb! Ternyata memang sukar nak tahu tentang perasaan mereka, apa yang sebenarnya mereka rasa. Berbanding dengan wanita yang lebih terbuka dalam menzahirkan perasaan. Contohnya, cemburu. Lelaki sukar nak tunjukkan sikap cemburu mereka. Kononnya nak kontrol ego la tuh!

LEBIH MEMAHAMI DAN MUDAH MEMBANTU MASALAH

Itu betul! Lelaki jenis yang senang menghulurkan bantuan. Mungkin kerana mereka tidak berkira sangat. Kalau diminta bantuan, pasti kan cuba ditolong sedaya upaya. Apatah lagi kalau org perempuan yang minta. Cepat aje�!

AWEK JATUH TEMPAT KEDUA

Ini yang tak syok ni! Perempuan sering merasakan bahawa diri mereka itu bukan pekara terpenting dalam hidup lelaki. Ini kerana lelaki dikatakan lebih cintakan karier dan kereta berbanding awek sendiri!

MEROKOK

Memang tak patut! Rasanya sebahagian besar daripada perempuan tak suka lelaki perokok! Busuk! Tapi ramai yang terpaksa �rela dalam paksa� bila dapat pakwe perokok. Puas cuba dinasihati tapi tak masuk telinga pun. Bahkan ada lelaki yang berprinsip �biar hilang awek asal jangan hilang rokok�! Teruknya!

PENGOTOR

Berbanding dengan perempuan, lelaki kurang menjaga kebersihan diri mereka dan pengotor. Mana taknya, baju yang dipakainya sesuka hati saja dilempar ke sana sini. Kadangkala tu, baju yang tak berbasuh dipakai semula. Tak ke pengotor namanya tu!

Panduan wanita dalam menjalin hubungan yang hangat dan mesra

Sebagai isteri, tahukah anda apa yg diharapkan oleh pasangan dalam menjalin hubungan yg hangat dan mesra? Bagaimana sentuhan yg digemari olehnya? Sebenarnya di sebalik tubuh yg gagah perkasa, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian. Teliti panduan berikut dan lihatlah sejauhmana ia mampu menghangatkan malam anda berdua.

Elakkan Berbogel.

Sekurang-kurangnya memakai selapis pakaian yg nipis dan jarang. Kehalusan fabrik yg menyentuh kulitnya akan memberi sensasi yg luarbiasa pada pasangan.

Rambut Terurai Pembangkit Ghairah

Terutama apabila anda berada di atas tubuhnya. Rambut yg terbiar terurai akan menyapu tubuhnya dengan perlahan lantas membangkitkan ghairahnya.

Senyap Itu Indah

Tidak ada yg lebih menghairahkan seorang lelaki melainkan apabila melihat pasangannya membuka pakaian mahupun butang baju secara perlahan2 dan tanpa sepatah bicara. Diiringi dengan senyuman mesra, dia tidak sabar2 menarik anda dalam pelukannya.

Sentuh Putingnya

Lelaki juga akan terangsang apabila bahagian ini disentuh. Usap dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yg hangat. Ghairahnya tidak terperi.

Hadiah Sensasi

Wanita dapat merangsang keinginan lelaki dengan membakar mata mereka melalui ‘hadiah’ yg diberikan. Bekas cakaran atau gigitan yg anda tinggalkan ditubuhnya akan membuatkan mereka terkenang kepada anda. Juga meninggalkan pakaian dalam seksi di tempat tidurnya akan membangkitkan kembali keghairahannya.

Zon Yang Menggetar

Kulit bahagian dalam paha wanita mampu merangsang lelaki kerana iannya lembut dan mempesonakan. Apatah lagi apabila disentuh, kesannya membuat wanita kegelian. Ini menjadikan lelaki merasa lebih ‘macho’.

Zon Rangsangan : Telinga

Telinga mampu merangsang lelaki. Caranya mudah saja. Hujung lidah anda digerakkan dengan lembut dibahagian luar cuping telinga pasangan. Gerakkan lidah naik turun dibahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan secara perlahan2. Lelaki akan sedar bahawa kita menyayanginya.

Sentuhan Penuh Ghairah

Kelembutan sentuhan wanita menjadi harapan setiap lelaki. Kucupan yg lembut dan usapan yg halus menggunakan hujung jari mampu menggoda lelaki. Sentuhan ini termasuklah bahagian leher, lengan dan paha lelaki.

Bangkitkan Suasana Romantis

Lelaki dan wanita ketika bersama memerlukan suasana yg romantis. Selain lilin dan alunan lagu klasik yg mendayu, suasana ini dpt dihidupkan dengan pemakaian bau-bauan seperti minyak wangi, wangian aromaterapi, losen yg harum dan selendang lembut yg dibiarkan menyentuh kulit lelaki. Ini pasti membuatkan suasana menjadi lebih romantis.

Pandangan Mempesona

Tatapan yg mempesonakan dan penuh perasaan kasih sayang terhadap lelaki cukup utk menggambarkan perasaan wanita terhadapnya. Tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Apatah lagi pandangan tersebut adalah pandangan yg penuh keikhlasan, redup dan penuh pesona. Cukup utk membuatkan lelaki bahagia.

Membelai Rambut

Lelaki akan merasa lebih disayangi sekiranya wanita pandai membelai rambutnya. Senang saja. Apabila duduk bersama, wanita jangan malu utk membelai rambut pasangannya. Belailah rambutnya secara perlahan dengan menggunakan hujung jari bermula dari dahi hingga ke belakang leher.

Mengintip Membangkit Nafsu

Perbuatan mengintip merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya. ia tidak disedari oleh wanita bahawa dorongan seks lelaki disebabkan oleh rangsangan yg ditimbulkan secara visual terutama ketika wanita sedang mengenakan pakaian mahupun ketika selesai mandi.

Hembusan Nafas

Jangan tidak percaya bahawa hembusan nafas anda yg hangat akan merangsang si dia. Sentuhkan bibir anda secara perlahan di bibir atau punggungnya. Hembusan nafas anda yg hangat akan membuatkan si dia tidak sabar utk mendakap anda.

G-Spot

Bukan sahaja wanita, lelaki juga mempunyai zon G-Spot yg tersendiri. Carilah di mana kawasan yg dimaksudkan. Pasti hubungan antara anda dan si dia akan bertambah erat.

Elak Menyentuh Kelemahannya

Utk mengelakkan lelaki merasa kurang yakin terhadap diri sendiri, jgn sentuh kelemahan yg ada ditubuhnya. Tumpukan perhatian anda pada bahagian tubuh seperti bahu, punggung atau bahagian lain yg menjadi kebanggannya.

Secepat Kilat

Bila ingin membuat lelaki cepat ghairah, sekali-sekala bolehlah anda mengambil tindakan yg agak agresif, agak kasar dan ‘macho’. Tarik si dia ke sofa dan bertindak secepat kilat.

Membuat Kejutan

Lelaki akan mudah mengagumi anda sekiranya anda sentiasa membuat kejutan dari masa ke semasa. Ini termasuklah membuat perubahan dari segi penampilan. Jika di tempat tidur, buatlah perubahan dari segi pemakaian. Sesekali kenakan pakaian yg jarang. Anda boleh juga memakai pakaian yg singkat dan seksi.

Hadiah Sensasi Sentuhan

Di Tubuh Mampu Menaikkan Nafsu Sentuhlah betisnya dengan hujung kaki anda. Pada waktu yg sama, belai tangannya dengan jari-jari tangan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...