Teknik guna tuala panas

Spread the love

SAYA ingin bertanya mengenai kaedah membaluti zakar menggunakan tuala yang direndam di dalam air suam. Adakah ia selamat dan dapat membantu melancarkan aliran darah seperti yang dikhabarkan?

Apakah teknik menarik zakar adalah satu kaedah yang selamat dan adakah ia meninggalkan kesan sampingan?

Wafiq, Perak

Sudah banyak kali saya menulis tentang mengelakkan diri daripada amalan yang boleh membahayakan anggota kelamin lelaki seperti mengurut, menarik, memuntal, menindik atau mengepamkan zakar dan saya pasti anda yang biasa membaca ruangan ini sudah tahu mengenai perkara itu.

Mungkin saya tidak jelaskan kepada anda yang lelaki hanya mempunyai satu zakar dan ia tiada pengganti! Jika zakar itu rosak atau tercedera atau bermasalah akibat perbuatan anda, sudah pasti anda akan menyesal sepanjang hayat.

Amalan membalut zakar dengan tuala panas dengan tujuan untuk membesarkannya kerana tanggapan benda alat yang panas dapat meningkatkan pengaliran darah, memang tidak masuk akal.

Sama dengan amalan mengurut zakar dengan minyak ‘panas’ atau krim atau rempah yang mengandungi gambir Sarawak atau mengurut dengan minyak lintah atau sebagainya perbuatan yang sia- sia.

Jika kulit zakar tidak menggelupas atau merah atau terbakar, selagi itu pengamal ini akan teruskan mengamalkannya. Kemudian hari individu ini akan mendapati zakarnya kurang sensitif, tidak keras atau kekerasan tidak kekal ataupun mengalami masalah cepat klimaks atau mati pucuk secara tiba-tiba.

Jadi, jangan dera anggota kelamin anda itu dengan perbuatan yang salah kerana ia satu-satunya anugerah Tuhan kepada kita. Anda jangan mudah terpengaruh dengan laman web mengarut yang menerangkan kaedah tertentu yang kononnya boleh membesarkan zakar anda.

Mungkin apa yang dijelaskan itu masuk akal, tapi secara realiti perkara sebaliknya yang akan berlaku. Anda bayangkan risiko yang boleh berlaku jika anda gunakan alat penarik zakar.

Otot dalaman zakar boleh tercedera dan tisu pembalut otot zakar boleh terkoyak dan ini boleh menyebabkan zakar anda terkulai atau bengkok. Jika tisu dalaman tercedera, parutan dalaman akan berlaku dan setiap kali anda mengalami ketegangan zakar, akan terasa sakit dan setiap kali anda mencapai ejakulasi ia juga akan terasa sakit.

Dalam keadaan begini, macam mana anda mahu menikmati keseronokan hubungan seks dengan pasangan anda. Jika anda tidak puas dengan saiz anggota kelamin anda rujuk kepada pakar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...