VIAGRA bukan jalan penyelesaian

Dalam mengharungi rumahtangga, mungkin ada pasangan suami isteri yang mengalami masalah pergolakan rumahtangga terutama dalam perhubungan kelamin.

Berikutan itu, mereka saling menyalahkan pasangan masing-masing. Keadaan ini akan bertambah buruk apabila si suami tidak dapat memberikan kepuasan kepada isteri. Manakala si isteri hanya mampu mendiamkan diri, ‘terkapah-kapai di lautan sepi’

Masalah mengenai ketidakpuasan seks di kalangan suami isteri merupakan rahsia rumahtangga yang seharusnya dihebohkan. Namun demikian, penyelesaian yang bijak perlu dicari tanpa menyinggung kewibawaan dan harga diri pasangan.

Salah satu penyelesaian yang sangat popular hari ini ialah dengan pengambilan pil Viagra di mana dikatakan lelaki di negara ini merupakan pengguna yang terbesar.

Penemuan ubat viagra mampu menolong kaum lelaki mengatasi masalah ini. Demikian menurut Dr Mohd Ismail Mof Tambi, Pengarah Pusat Kepakaran dan Reproduksi Manusia, LPPKN, Kuala Lumpur memberitahu penemuan Viagra ini mampu menolong lelaki mengatasi masalah kurang keupayaan seks dan juga mati pucuk yang mengerikan.

Apakah viagra?

Katanya, viagra mula diperkenalkan Malaysia pada tahun 1999. Semenjak diperkenalkan, ia begitu menarik perhatian kaum lelaki terutamanya mereka yang berusia lebih daripada 40 tahun.

Tidak seperti kebanyakan ubat tenaga batin, Viagra dikatakan dapat bertindak terus kepada alat kelamin lelaki yang menghadapi masalah ejakulasi. Keadaan ini berlaku akibat tindakan kimia yang mempermudah darah mengalir ke dalam saluran darah alat kelamin.

Pada masa yang sama bekalan darah yang keluar daripada anggota kelamin menjadi berkurangan. Hasilnya otot-otot pada anggota kelamin menjadi lebih tegang. Sungguhpun begitu, pil viagra mengambil masa lebih kurang 1 jam sedangkan dalam keadaan normal proses ini berlaku secara spontan.

Menurut kajian, ubat viagra sebenarnya digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah sakit jantung. Setelah pesakit menggunakan ubat tersebut, di dapati ia mampu nencapai ereksi dan melancarkan pengaliran darah ke zakar.

Selain itu, menurut Dr Mohd Ismail, ubat viagra bukanlah untuk menyembuhkan masalah mati pucuk tetapi ia memulihkan dan mengatasi masalah perdarahan pada zakar agar perjalanan darah menjadi lancar semasa persetubuhan.

Harga

Untuk memberikan kepuasan dalam hubungan kelamin, mereka sanggup menghabiskan wang beratus-ratus untuk mendapatkan pil viagra. Harga bagi setiap pil viagra yang berat 25mg berharga RM28, 50mg berharga RM28 dan 100mg bernilai RM48.50.

Kesan penggunaan viagra

Walaupun, pil viagra mampu memulihkan masalah mati pucuk tetapi kemungkinan ia memberi kesan sampingan dan boleh membawa maut jika digunakan tanpa panduan dan nasihat daripada pakar.

Tambahan pula, apabila viagra digunakan serentak dengan beberapa jenis ubat penyakit jantung seperti ubat jenis nitrogliserin, isosorbid mononitrat, isosorbid dinitrat dan sodium nitroprusid. Manakala amil nitrit (“poppers”) yang sering di salahgunakan penagih dadah boleh mengakibatkan maut. Jadi, adalah penting untuk pesakit mendapatkan pengesahan perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakan viagra.

Kesimpulan

Tanpa penemuan ubat viagra ini, kebanyakan lelaki hari ini tentu lebih senang mengamalkan ubat tradisonal seperti tongkat ali dan sebagainya. Biarpun Viagra dikatakan begitu berkuasa namun ia bukan untuk menyembuhkan tetapi untuk mengatasi masalah kelamin.

Kehadiran viagra dalam negara ini mestilah diiringi dengan kesedaran secukupnya supaya ubat ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin agar segala kesan buruk dan gegala sosial yang tidak sihat dapat diperbetulkan.

Selain itu, untuk mengelakkan keadaan ini, pemulihan dapat dilakukan dengan menukar gaya hidup dan latar belakang kesihatan.

Antara kesan sampingan yang dikesan di kalangan pengguna viagra ialah:

Pening kepala – Pengguna akan mengadu sakit kepala dan akan bertambah buruk apabila pengambilan pil viagra bertambah.
Penglihatan menjadi kabur dan kelihatan seperti kebiru an. Ini disebabkan tindak balas kimia yang sama berlaku pada bahagian mata dan kadangkala bertukarkepada warna kehijauan.
Pitam – Tekanan darah menjadi rendah.
Priapisme – iaitu ketegangan anggota kelamin berlanjutan untuk berjam-jam.
Kulit menjadi ‘kemerahan’, dan berlaku gangguan perut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...