Zakar adalah aset penting

Spread the love

ISU mengenai keadaan alat kelamin kerap diperbincangkan dan pasti ramai pembaca pernah terbaca mengenainya. Bagi lelaki tanpa mengira umur, alat kelamin adalah aset penting dan disebabkan itu keadaan fizikalnya daripada segi saiz atau ketahanan sering diberi perhatian.

Ini termasuk apabila berlakunya perubahan alat kelamin di mana jika dulunya normal dalam keadaan lurus tetapi kini ia sedikit membengkok, terutama apabila ereksi.
Pastinya jika ia terjadi, ramai mengeluh kerana tidak selesa sewaktu hubungan bersama isteri selain pedih sebaik ejakulasi.

Bila ini berlaku, persoalan yang bermain di kepala adalah mungkin berlaku kecederaan pada urat saraf.

Yang perlu diketahui, keadaan alat kelamin lelaki akan mengalami perubahan, terutama apabila umur seseorang itu meningkat.

Jika dulu dalam keadaan lurus apabila ereksi, tidak mustahil ia akan membengkok. Kebiasaannya, ia bukan berpunca kerana tekanan atau masalah urat saraf, sebaliknya ia disebabkan gejala penyakit dikenali sebagai Peyronie.

Peyronie boleh berlaku mungkin kerana kecederaan lama ketika melakukan seks, alat kelamin bengkok sewaktu melakukan tusukan atau kecederaan akibat urutan ganas.

Ia mungkin apabila alat kelamin lelaki pernah ditindih akibat tabiat tidur meniarap.

Disebabkan itu, ramai tidak dapat mengesan bagaimana ia berlaku kerana faktor yang tidak disedari.

Namun, perkara ini bukan masalah kerana yang penting bagi seorang lelaki adalah bagaimana mengendalikan isu ini.

Oleh itu, perkara pertama perlu mereka ketahui adalah, sememangnya tiada ubat dapat memulihkan keadaan alat kelamin yang bengkok.

Kaedah lain adalah melalui pembedahan tetapi biasanya bertahan cuma untuk tempoh tertentu kerana kesan pembedahan itu akhirnya membuatkan kawasan dibedah mengeras, seterusnya membuatkan zakar bengkok semula dan menjadi kecil.

Kaedah paling efektif adalah menggunakan alat penarik zakar dikenali Andro-Extender. Saya mengesyorkan penggunaan alat ini kerana ia mampu meluruskan kembali keadaan alat kelamin lelaki secara tetap.

Dengan menggunakan Andro-Extender lapan hingga sembilan jam setiap hari bagi tempoh empat hingga enam bulan, ia mampu menarik tisu lembut di sekeliling zakar tanpa paksaan.

Malah, penggunaan alat ini dikatakan paling selamat kerana ia tidak mendatangkan kesakitan baik kepada lelaki atau pasangannya.

Bagaimanapun, saya ingin ingatkan orang ramai supaya berhati-hati sewaktu membeli alat ini kerana ia banyak diciplak dan dijual dengan mudah di Internet.

Atas faktor itu, saya tidak mengesyorkan orang ramai membelinya menerusi Internet termasuk yang meletakkan nama saya sebagai rujukan berikutan itu taktik mereka mendapatkan kepercayaan pembeli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...