Zakar keluar cecair jernih, melekit

Spread the love

Keluar cecair jernih, melekit

SAYA ingin bertanya mengenai masalah pada zakar saya. Ada kalanya ia mengeluarkan cecair jernih dan melekit. Ia tidak keluar dengan kuantiti yang banyak dan hanya akan keluar apabila saya melurutnya.

Dalam proses itu saya tidak mengalami sebarang kesakitan tetapi saya bimbang jika ia adalah tanda zakar saya bermasalah.

SHAFIQ,
Marang, Terengganu

ANDA tidak perlu bimbang kerana cecair berkenaan adalah air mazi. Dalam keadaan terangsang, ereksi akan berlaku dan aliran darah kepada zakar akan meningkat.

Pundi ‘cowpers’ dan pundi di dalam salur kencing akan mengembang dan menghasilkan cecair jernih yang melekit iaitu air mazi. Bagi sesetengah lelaki, ia boleh keluar dengan banyak.

Ada kalanya ia boleh keluar ketika membuang air besar atau kecil. Ia berlaku apabila otot lantai pelvis tercengkam ketika meneran.

Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus besar menekan pundi prostat dan cecair berkenaan akan terkeluar menerusi salur kencing. Warnanya jernih atau kelabu kekuningan.

Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit. Cecair yang keluar akibat jangkitan penyakit kelamin lebih ketara.

Jika seseorang lelaki mendapati ada cecair yang keluar selepas dia bersetubuh tanpa menggunakan kondom, kemungkinan dia dijangkiti gonorhea atau chalymidia dan memerlukan rawatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • kencing melekit
  • cecair putih keluar di zakar lelaki
  • cecair zakar
  • cecair jernih melekit
  • zakar keluar cecair jernih
  • melekit di penis
  • air keluar melekit pada zakar
  • penis keluar cecair putih
  • penis keluar cecair melekit