Zakar membengkok ke kiri

Bukan sebarang bengkok – Batang zakar bengkok

SAYA mengalami masalah pada zakar membengkok ke kiri. Ia berlaku sejak saya masih kecil sehinggalah berusia 23 tahun sekarang. Ia memang menyusahkan kerana apabila hendak membuang air kecil saya terpaksa meluruskannya. Masalah sama turut berlaku apabila zakar saya menegang dan dalam keadaan sedemikian, ia tidak boleh diluruskan.

Saya bimbang masalah ini akan menjejaskan hubungan seksual saya apabila berkahwin nanti. Bagaimana untuk menyelesaikannya? Adakah saya perlu menjalani pembedahan?

MAN,Tapah, Perak

JALAN terbaik adalah berjumpa doktor jika masalah berkenaan menyukarkan anda ketika bersetubuh. Jika belum berkahwin, rujuk kepada doktor dahulu supaya pasangan anda tidak terperanjat jika zakar bengkok agak ketara. Rawatan yang dicadangkan tidak semestinya memerlukan pembedahan.

Jika ada ketulan keras pada zakar, ketulan berkenaan mungkin menarik zakar dan menjadikannya tidak lurus apabila berlaku ereksi. Jika hendak diluruskan, tentu akan sakit dan begitu juga dalam persetubuhan.

Ia perlu dipulihkan melalui pembedahan. Jika tidak anda boleh menggunakan alat andropenis yang boleh meluruskan zakar. Alat berkenaan perlu dipakai dalam beberapa bulan supaya zakar kembali lurus.

Maklumat mengenainya boleh diperolehi menerusi laman web www.andromedical.com.

Bagaimanapun, saya syorkan anda berjumpa doktor dahulu sebelum menggunakan alat terbabit.

Jika bersesuaian, anda boleh menggunakannya. Ia juga boleh membantu memanjang dan membesarkan zakar kecil ke paras normal untuk lelaki Asia. Mengikut kajian yang dijalankan, ia memberi kesan sehingga 90 peratus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...