Alat kelamin perlu dirangsang supaya cergas

ANGGOTA kelamin manusia sama seperti bahagian tubuh badan lain iaitu ia mempunyai peranan tertentu. Jika peranan itu dilaksanakan atau ‘diusik’, anggota itu berfungsi dengan baik dan cergas.

Jika gagal, ia menjadi kurang aktif dan tidak bermaya. Dulu, anda merangsang anggota kelamin dan mendapati ia aktif dan cergas. Kini anda kurang melakukannya, oleh itu anggota kelamin anda kelihatan tidak bermaya dan jika ereksi ia tidak aktif seperti dulu.

Bagi golongan lelaki, perkara ini adalah biasa dan dijangka. Namun, ia bukan punca penyakit. Apabila lelaki berumah tangga, anggota sulitnya memainkan peranan sepatutnya.

Dengan adanya pasangan di sisi, perasaan teruja akan memuncak dan memudahkan anda mencapai ereksi lebih padat.

Ini perkara biasa dan ia mengikut seruan ‘syahwat’ yang terbentuk secara semula jadi untuk semua lelaki muda yang berdamping dengan wanita idaman.

Justeru, tentu anda dapat memainkan peranan dengan cukup baik, lebih-lebih lagi apabila menerima galakan dan motivasi daripada pasangan.

Bagaimanapun, jika peranan itu gagal, anda berasa seperti kurang keghairahan untuk melakukan hubungan seks, perasaan jemu untuk berhubungan, tidak berminat dan sebagainya.

Pada masa sama, perkara ini membuatkan pasangan, sama ada lelaki atau wanita, kurang berminat untuk melakukan hubungan kelamin. Jadi, alat sulit yang memainkan peranan itu tidak ‘diusik’ dan ia menjadikan hubungan suami isteri tawar.

Nasihat saya, hubungan seks adalah sesuatu yang subjektif dan ia memerlukan perbincangan kedua-dua pihak supaya suami isteri dapat merasakan hubungan kelamin terbaik.

Jika ini dapat dilakukan, rumah tangga berjalan dengan lebih harmoni dan bahagia. Jika kedua-dua pihak ego dan tidak mahu berbincang, kemungkinan pelbagai perkara buruk boleh berlaku meskipun ia berpunca daripada perkara yang sering dianggap remeh — hubungan seks.

Selain itu, amalan gaya hidup sihat iaitu memakan makanan seimbang dan segar, tidak merokok dan lakukan senaman berkala sekurang-kurangnya setengah jam sehari.

Di samping itu anda boleh mengamalkan senaman Kegel atau senaman kemut untuk melangsingkan otot lantai pelvis yang menjadi benteng zakar. Anda boleh bayangkan otot kemut yang kukuh dan kuat dapat mencengkam, memantapkan ereksi yang padat dan kukuh.

Jika ejakulasi berlaku juga, ereksi masih boleh dikekalkan untuk seketika. Jadi, lakukan apa yang saya syorkan iaitu amalkan gaya hidup sihat dan lakukan senaman berkala.

Namun saya ingin tegaskan, amalan berjumpa dukun, bomoh dan tukang urut untuk memantapkan syahwat adalah sesuatu yang ketinggalan zaman.

Cara itu lebih memudaratkan daripada memberi kebaikan kerana teknik urutan dan ubat mengarut berkenaan boleh merosakkan sistem syahwat dan reproduksi manusia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...