Bahaya Zakar terkena hentakan

Spread the love

Bahaya Zakar terkena hentakan

ZAKAR suami saya pernah terkena hentakan kuat ketika ia ereksi. Berikutan itu, zakarnya kini tidak mampu untuk ereksi lagi. Bagaimana untuk merawat masalah ini?
ZURA,

Permatang Pauh,

Pulau Pinang

KECEDERAAN yang berlaku kepada zakar boleh mengakibatkan fungsi anggota berkenaan terjejas. Antaranya disebabkan hentakan atau tarikan ketika zakar itu sedang menegang atau ereksi.

Hentakan secara terus kepada zakar boleh mengakibatkan ia ‘terpatah’ dan hujung zakar terbengkok serta lebam kerana darah menyerap keluar daripada otot zakar yang tercedera.

Jika ada darah beku dalam otot, ia perlu dikeluarkan melalui pembedahan kecil. Apabila ia pulih, ereksi boleh berlaku secara spontan tetapi pada peringkat permulaan, ia agak menyakitkan sebelum kembali normal.

Ini kerana mungkin di tempat yang cedera itu mengandungi tisu parut yang seraput tetapi zakar masih boleh digunakan lagi. Namun, ia jarang mengakibatkan mati pucuk.

Satu lagi kecederaan yang berlaku akibat hentakan kepada zakar ialah otot lekat di antara tundun dan otot zakar tercedera. Ia boleh membantutkan proses ereksi kerana sakit pada bahagian tundun dan otot pangkal zakar.

Bengkak dan keradangan yang terjadi perlu dilegakan dahulu (gunakan ais atau ‘cold compress’). Selepas itu, ereksi kembali normal. Jika ereksi tidak berlaku, pemeriksaan perlu dilakukan pada sistem perjalanan darah ke dalam zakar yang mungkin menjadi sempit akibat kecederaan terbabit.

Pembuluh darah arteri akan dikembangkan dan ia akan dikendalikan oleh pakar.

Bagi zakar yang tersentap atau tertarik dengan kuat, mungkin otot dan sendi lekatan otot zakar ke tundun terkoyak. Untuk melegakan keradangan dan bengkak, ‘cold compress’ akan digunakan.

Apabila lega pemeriksaan dilakukan untuk mengenal pasti tahap kecederaan. Jika ringan, pemulihan akan berlaku secara spontan, tetapi jika kecederaannya berat mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menyambung ligamen(otot sendi) yang terkoyak.

Baimanapun elok berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Mungkin masalah itu kecil tetapi kerana takut, ereksi tidak berlaku!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • bahaya minyak lintah
  • apa akan jadi jika terkena hentakan kuat pada zakar
  • hentakan
  • darah beku dalam zakar