Baka mempengaruhi saiz zakar

Spread the love

KEBANYAKAN lelaki mempunyai masalah sama iaitu terlalu obses mengenai saiz dan bentuk zakar. Pada pandangan saya, ia perkara biasa tetapi jangan melakukan cara yang salah dan boleh mencederakan zakar atau merosakkan fungsinya.

Terlalu ramai lelaki mengajukan soalan kepada saya dan mempelajari teknik membesarkan zakar melalui laman web. Begitupun, semua cara yang dipapar dan diajarkan tidak diketahui kesahihannya dan mungkin ia cara salah.

Lelaki yang ingin membesarkan zakar sepatutnya merujuk kepada laman web lebih profesional untuk mengetahui mengenai anggota kelamin mereka sebelum melakukan ‘perubahan’.

Pertama sekali, lelaki yang belum dewasa perlu sedar anggota kelamin anda berkemampuan membesar kerana masih dalam proses perubahan akhil baligh.

Bagaimanapun, proses terbabit juga dipengaruhi faktor keturunan dan baka.
Jika anda mempunyai jenis zakar digelar ‘belalai gajah’, saiz dan bentuk tidak banyak bezanya ketika menegang atau tidak.

Jika zakar anda jenis mengembang atau ‘grower’, ia boleh membesar dua hingga empat kali ganda ketika tegang dan kadangkala lebih daripada jangkaan asal jika dalam keadaan teruja seksual.

Ingin saya tegaskan, teknik membesarkan zakar yang dipelajari daripada laman web adalah teknik mengarut yang asal usulnya tidak diketahui dan banyak tersiar dalam laman yang menjual dan mempromosi produk seks.

Saya syorkan lelaki muda yang inginkan maklumat mengenai kesihatan seksual supaya merujuk kepada buku ditulis saintis dan doktor yang fasih dalam bidang itu.

Jangan rujuk kepada buku ketinggalan zaman kerana maklumat diberi boleh memudaratkan kesihatan dan merosakkan anggota kelamin.

Ingin saya nyatakan, Kegel bukan senaman yang membuatkan zakar menjadi besar. Ia senaman untuk mengukuhkan benteng zakar ketika ereksi berlaku dan meningkatkan daya ereksi.

Senaman ini membabitkan cengkaman otot lantai pelvis, iaitu otot kemut atau otot untuk menahan kencing dan angin. Jadi senaman ini ialah senaman kemut, ia seperti menahan kencing atau menahan kentut. Anda boleh lakukannya pada bila-bila masa.

Selagi anda kerap melakukannya, daya ereksi akan kekal padat. Jika ejakulasi berlaku, ereksi masih boleh kekal dengan amalan senaman ini.

Senaman ini biasa dilakukan wanita untuk mengemaskan kembali faraj selepas kelahiran bayi. Untuk lelaki, senaman ini mengukuhkan benteng zakar ketika menegang dan mengekalkan ereksi seketika selepas klimaks.

Baka mempengaruhi saiz batang pelir | Baka mempengaruhi saiz konek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...