AYA berumur 35 tahun dan mengalami masalah berkaitan fungsi zakar saya. Saya bukan beragama Islam tetapi sudah berkhatan. Saya ingin tahu mengapa zakar saya kadangkala mengendur ke dalam sehingga tidak nampak? Kenapa ia berlaku dan bagaimana saya ingin menjadikannya normal kembali?
JOE
Kuala Lumpur
Sebilangan besar lelaki berketurunan Asia mempunyai jenis zakar dikenali sebagai ‘grower’ atau ‘mengembang’ dan zakar ini kelihatan besar dan panjang apabila lelaki itu teruja seks.
Jika tidak, iaitu jika dalam keadaan biasa di mana lelaki tidak terangsang, zakar kelihatan kecil dan ada kalanya hanya penghujungnya kelihatan seperti yang anda alami.
Keadaan ini menjadi lebih ketara apabila lelaki itu mempunyai masalah berat badan atau obesiti dan setiap kali dia duduk, zakarnya termasuk ke dalam.
Bagaimanapun, jika teruja seks, zakarnya membesar dan memanjang. Jika dalam keadaan ini, anda seharusnya tidak perlu risau atau buat apa-apa.
Jangan terpengaruh dengan cerita pam vakum dapat membantu mengeluarkan zakar anda. Bagaimanapun, penggunaan pam vakum akan memberi kesan seperti kulit zakar menjadi gelap dan memanjang.
Saranan saya, jangan membazir duit menjalani kaedah urutan daripada tabib atau sebagainya. Sebenarnya anda tak perlu risau atau khuatir.
Begitupun, jika anda gemuk dan ada masalah berat badan berlebihan, cuba kuruskan badan dan jangan memakai pakaian dalam yang ketat dan dapat menarik kemaluan anda. Paling baik, anda harus memakai ‘boxer shorts’ atau tidak memakai apa-apa.