Kencing kotor punca radang pundi kencing

KENAPA alat sulit saya sakit apabila menegang? Baru-baru ini saya disahkan mengalami kencing kotor. Adakah itu punca kesakitan dan bagaimana ia terjadi?

JEFF
Pulau Pinang

Anda terasa zakar sakit ketika menegang. Anda tidak menjelaskan perkara ini sudah lama berlaku atau tidak. Jika sudah lama dan kerap, ini bermakna ada masalah di dalam zakar anda.

Misalnya jika zakar mengalami kecederaan, bahagian tercedera menjadi parut dan apabila parut keras, ia memberi tekanan dalam zakar dan terasa sakit ketika ereksi.

Kencing kotor menggambarkan air kencing keruh mengandungi sisa keradangan pundi kencing. Jika keradangan pundi kencing ketara, anda terasa senak atau sakit di bahagian ari-ari, bukan sakit ketika mencapai ereksi tetapi sakit dalam otot zakar.

Mengenai kencing kotor, ia istilah mudah doktor untuk menggambarkan keradangan pundi kencing. Ia berlaku apabila pundi kencing terkena jangkitan atau kuman yang menjangkiti pundi kencing mula membiak kerana tabiat kerap menahan kencing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...