Kerap melancap

Spread the love

SAYA masih bujang dan berumur 21 tahun. Sebelum ini saya kerap melakukan onani sehingga menyebabkan zakar memancutkan air mani terlalu awal iaitu kurang seminit. Namun, saya sudah berhenti melakukan amalan buruk itu dan sangat menyesalinya.

Persoalannya, jika berhenti sepenuhnya daripada tabiat terbabit, adakah dalam tempoh lima atau enam tahun akan datang, masalah pancutan awal ini dapat diatasi? Dapatkah ia menguatkan kembali zakar saya selepas berkahwin?

HAMBA KERISAUAN
Kuala Lumpur

Amalan onani biasa dikaitkan dengan mati pucuk dan cepat klimaks kerana secara kebetulan kebanyakan lelaki yang pernah mengamalkannya satu ketika dulu, sering mengalami mati pucuk dan cepat klimaks dalam kehidupan berumah tangga.

Onani juga boleh membuatkan anda ketagih dan ini boleh mengancam keharmonian rumah tangga apabila si suami kerap keletihan dan tidak beraksi dengan isteri selepas secara senyap-senyap mengeluarkan air maninya secara sendiri.

Jadi pilihan anda untuk menghentikan amalan itu tepat sekali. Anda hanya akan tahu jika anda dapat mengawal ejakulasi selepas anda berkahwin atau selepas beraksi dengan isteri.

Sebilangan besar lelaki cepat mengalah pada peringkat awal beraksi dengan pasangan, namun apabila mereka mula mengenali dan memahami cara dan gaya tersendiri untuk mengawal klimaks, masalah itu akan selesai.

Jika masih tetap dengan kelemahan tidak dapat mengawal ejakulasi, mereka perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan.

Mungkin cara terbaik membantu memantapkan ereksi dan memanjangkan daya tahan ereksi dan daya melewatkan ejakulasi ialah dengan amalan berikut:

Amalkan gaya hidup sihat, menjaga diet, makanan seimbang, senaman berkala, berhenti merokok dan berhenti minum minuman keras

Memantap kekuatan fizikal melalui senaman seperti seni membina badan kerana aktiviti seks ialah aktiviti lasak dan memerlukan kekuatan otot dan daya badan
Selain itu, senaman Kegel atau kemut mencengkam otot lantai pelvis seperti seolah-olah menahan kencing, menahan kentut, mencerut lubang najis dan menahan cengkaman antara 3-5 saat dan lakukannya seberapa banyak dua minit setiap sesi.

Amalan itu dapat membantu mengukuhkan benteng zakar. Jika anda kurang pasti dengan senaman kemut dan mahu panduan penjagaan kesihatan lelaki, sila dapatkan VCD saya bertajuk Lelaki dan Kesihatan Seksual yang kini ada di pasaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • berapa kerap lelaki melancap
  • khasiat melancap
  • melancap senyap senyap