Kesan Krim kebas untuk cepat klimaks

Spread the love

CEPAT klimaks adalah masalah yang membimbangkan lelaki dan pasangan wanita mereka. Jika berlaku setiap kali bersetubuh, ia masalah sepanjang hayat.

Jika berlaku sekali sekala, ia dianggap masalah sekunder atau berlaku atas sebab tertentu seperti sudah lama tidak melakukan hubungan kelamin, menyebabkan lelaki sangat teruja dan cepat klimaks.

Apabila pasangan kerap bersetubuh pula, masalah itu kurang atau tiada. Semua masalah disfungsi seksual lelaki, termasuk cepat klimaks, perlu dirujuk kepada doktor.

Tips yang akan saya ketengahkan kali ini untuk mengukuhkan otot benteng zakar hanya untuk tujuan itu dan bukan sebagai rawatan untuk masalah cepat klimaks.

Jika anda (lelaki) mempunyai penghujung zakar sensitif, ia menjadi masalah kerana memang sukar mengawal ejakulasi disebabkan perasaan nyilu itu.

Jika perasaan nyilu dapat dikurangkan, ejakulasi mampu dikawal. Bagaimanapun, ia perlu mendapat pemeriksaan doktor dan jika perlu, mereka akan memberi jeli pengebas yang sesuai untuk tujuan itu.

Begitupun, ramai cuba merawat sendiri masalah itu. Namun ingat, anda tidak bijak jika menggunakan krim dan jeli pengebas tiruan atau yang tidak diluluskan atau boleh memudaratkan atau menyebabkan alahan kulit seperti mengguna krim atau jeli gambir Sarawak.

Sama juga jika anda membeli ubat yang kononnya dapat meningkatkan daya tahanan atau kawalan ejakulasi, kerana apa disyorkan penjual ubat atau maklumat mengenai ubat terbabit adalah tidak benar dan mungkin bertujuan melariskan produk.

Bagi saya, tiada ubat yang dapat menahan dan menguatkan anggota kelamin kecuali ia beracun atau dalam bentuk ubat yang dikawal rapi.

Jangan ambil jalan mudah dan hanya bergantung dengan cara rawatan sendiri untuk mengatasi masalah ini hanya kerana malu berjumpa doktor.

Ubah sikap itu dan buat temujanji dengan doktor. Melalui pemeriksaan teliti dan bimbingan yang doktor berikan, anda dan pasangan akan mendapat maklumat tepat dan rawatan sebenar untuk menangani masalah anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Users who found this page were searching for:

  • krim kebas