Lelaki juga boleh dingin seks

Tindak balas seksual bagi lelaki nampaknya menurun apabila meningkatnya umur seseorang lelaki itu.

Semasa remaja, sistem saraf seksual lelaki amat mudah terangsang, hal-hal yang kecil boleh menyebabkan zakar menegang.

Apabila lelaki bertambah dewasa mekanisme ketegangan kurang terangsang, ini disebabkan oleh beberapa faktor. Untuk membolehkan lelaki bertindak balas kepada seks dengan baik, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

* Tidak terlalu letih. Kalau terlalu letih, nafsu untuk melakukan hubugan seks akan terbantut. Oleh itu untuk mendapatkan kenikmatan dalam hubungan seks, pastikan tubuh berada dalam keadaan relaks.

* Tidak wujud ketidakselesaan fizikal yang berat seperti rasa bersalah, kecewa, marah, risau atau fikiran kacau atau rasa rendah diri.

* Emosi tidak terganggu seperti wujudnya rasa bersalah, kecewa, marah, risau atau fikiran kacau atau rasa rendah diri.

* Wujudnya dorongan atau minat untuk melakukan seks. Sepatutnya lelaki bergantung kepada perasaan sendiri, bukan kepada situasi. Jika isteri mahu jimak dan suami tidak bersedia, suami boleh membantu isteri untuk inzal dengan cara selain daripada jimak

* Lelaki yang ingin melakukan hubungan seks perlu berminat untuk melakukannya serta tertarik dengan pasangannya.

* Sebagai lelaki, tidak sepatutnya wujud perasaan risau mengenai betapa baguskah mereka ketika di ranjang dan sepatutnya tidak memikirkan apakah perasaan isteri mengenai dirinya dalam jimak.

* Sebelum melakukan hubungan intim, pastikan tidak wujud tekanan dalam perhubungan tersebut . Sebagai contoh, wujudnya perselisihan antara suami dan isteri.

* Semasa di usia tua, lelaki perlu lebih banyak rang-sangan fizikal terhadap zakar. Oleh itu, sebelum memulakan hubungan seks, rangsangan mental dan fizikal perlu dilakukan lebih kerap dan bersungguh-sungguh.

* Di samping itu, keadaan persekitaran fizikal yang baik seperti tiada gangguan, tidak diketahui atau di dengari oleh orang yang berhampiran, tiada gangguan telefon, atau cuaca tidak terlalu panas atau sejuk.

* Tidak minum arak atau mengambil dadah. Lelaki yang mempunyai masalah zakar tidak tegang perlu menjauhi arak dan dadah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...